HANLEA - BAB 7

1.5K 56 0
                                    

Dikerling jam tangan berjenama Cartier, sudah menginjak ke angka 5. Mula Eleanor mengemas mejanya dan menyarungkan stiletto hitam ke kaki.

Sepanjang berada di pejabat, dia lebih gemar berkaki ayam. Lebih lincah pergerakan dan lebih selesa.

Tangan laju mencapai beg tangan sebelum bangun dari kerusi untuk keluar dari bilik. Tidak sempat Eleanor sampai ke muka pintu, kedengaran telefon pejabat di meja berdering.

Tak lain tak bukan, pasti daddynya.

"Yes?" Eleanor menyambut malas.

"Naik office I. Dato' Ghaz dah sampai ni," arah Emran.

Berkerut dahi Eleanor.

Aduh! Lupa pula Dato' Ghaz nak datang petang ni.

"Haih!" keluh Eleanor kuat selepas meletakkan gagang telefon ke tempatnya.

"Cik Elea! Nak balik kan? Jom turun sekali!" Kelam kabut Vivy mengemas meja dan mencapai beg tangan di kerusi.

"Vy, I kena naik office Tan Sri. Dato' Ghaz datang jumpa dia. Lepas tu dia nak I ada sekali. Benci!" rungut Eleanor sambil menghentak kaki tidak puas hati.

"Lah! Dato' Ghaz pun, waktu nine to five tu tak ada pulak sibuk nak datang! Dia tu dah kenapa?"

"Nak sembang-sembang katanya. Sembang je lah berdua. Kenapa kena heret I sekali? Haih, okay lah Vy, I naik atas dulu."

"Nak I standby tak?" tanya Vivy. Kot lah kena fotostat atau print apa-apa.

"No need. You balik lah. Happy weekend Vy," ucap Eleanor sebelum melangkah ke arah lif milik Emran.


*****


Kedengaran gelak tawa milik Emran bersama dua orang lagi lelaki di dalam bilik pejabat mewah milik daddynya itu.

Perlahan Eleanor mengetuk pintu bilik sebelum menjengulkan kepala ke dalam.

"Masuk El," gamit Emran.

Senyum manis Eleanor sambil melangkah masuk ke dalam bilik dan terus menuju ke arah mereka yang sedang santai duduk di sofa mewah berwarna maroon itu.

"Ghaz, kenalkan my only daughter, Eleanor Nadra. El, Dato' Ghaz," Emran mengenalkan mereka.

"Hai Eleanor. First time kita jumpa. Selama ni I meeting dengan daddy you je. Daddy you tak pernah pula bagitahu dia ada anak dara secantik ni," puji Dato' Ghaz sambil menghulurkan tangan untuk berjabat.

Senyum Eleanor menyambut huluran tangan Dato' Ghaz.

"You dah sihat Dato'? Patutnya last week I meeting dengan you, tapi you tak sihat kan?" tanya Eleanor prihatin.

"Alhamdulillah sihat dah. Nasib ada anak I ganti last week. You dah jumpa dia kan?"

Berpaling Eleanor melirik mata ke arah lelaki yang sedari tadi duduk memerhati mereka. Tersenyum manis.

"Oh, Rafiq! Sorry tak perasan. Oh, you anak Dato' Ghaz ke... I thought you one of the staff. Hai!" Eleanor menghulurkan tangannya.

"Hai darling. Ingat lupa dah dekat I. You ni, tiap kali kita jumpa kenapa makin cantik eh?" soal Rafiq mengusik.

HAN'S: HIS SHINING LIGHT | C | ✔️Hikayelerin yaşadığı yer. Şimdi keşfedin