HANLEA - BAB 69

1.8K 91 1
                                    

"Elea," seru lelaki itu.

Lelaki yang dirindukan Eleanor.

"Ean!" Pantas Eleanor melepaskan pelukannya dari Emran dan terus meluru ke arah adik kandungnya.

Berpelukan mereka berdua di tengah-tengah rumah agam itu disaksikan seluruh ahli keluarga mereka.

"Ean, I thought it was you..." rintih Eleanor.

"I'm sorry Elea... sorry... aku tak tahu mummy boleh buat kau sejauh ni... aku pun tak sangka mummy sanggup khianat aku Elea," balas Ean erat memeluk kakaknya.

"I'm sorry for your loss," bisik Ean simpati.

Ean melepaskan pelukannya. Dipegang kedua pipi Eleanor dan menyeka air mata kakaknya lembut. Dahi Eleanor dicium lama.

Berpaling Eleanor ke arah bapanya.

"Daddy bawa Ean balik sini?"

Mengangguk Emran.

"Thank you daddy... thank you so much," Eleanor memeluk kembali bapanya.

"I dah minta maaf dengan Ean. Yes, I salah nilai anak-anak I selama ni. I minta maaf sebab selalu bersangka buruk," Emran menepuk-nepuk perlahan belakang Eleanor.

Senyum Eleanor di dada bapanya.

'Bahagianya rasa. Ini rupanya rasa memeluk ayah sendiri," getus hati Eleanor.

"Err, jom lah semua kita minum petang. Isi perut sikit dulu sementara tunggu majlis mula malam nanti," pelawa Mak Nah sopan.


Berkumpul mereka di meja makan besar untuk minum petang. Teruja Eleanor melihat pelbagai kuih kegemarannya ada di meja makan itu.

"Mama, mana Qal?"

Meliar mata Eleanor mencari Rayqal kesayangannya.

"Dia tidur. Penat main tadi dekat bawah khemah. Dia dah lupa El. Sebab dia dah ada kawan baru," ujar Harlina sambil meletakkan beberapa potong cucur udang di atas piring suaminya.

"Siapa pulak kawan baru dia?" Tanya Eleanor tidak berpuas hati.

"Tuu, abang Ayen dia," memuncung bibir Harlina menunjuk pada Ean yang sudah tersengih-sengih.

"Eii, sampai hati Qal lupakan El! Siap dia bangun nanti. Picit-picit pipi tembam dia!" Ujar Eleanor geram.

Ketawa Harlina melihat Eleanor sudah terketap gigi geram. Lega hatinya melihat sisi Eleanor yang sebenar sudah kembali. Teringat dia akan kemurungan dan wajah kosong anak tirinya itu sewaktu dia menjaga wanita itu di hospital.

"Manja, nak popia?"

Mengangguk Eleanor. Laju tangan Eleanor mencapai air teh o panas dan dituang ke dalam cawan lalu dihulur pada Aihan di sebelah.

"Where is your scrunchie manja? Rambut kau asyik nak tercelup sos ni," rungut Aihan.

Geram pula dia melihat rambut lepas Eleanor itu asyik hampir tercelup pada sos di piring. Hampir juga menutup sisi wajah isterinya.

HAN'S: HIS SHINING LIGHT | C | ✔️Where stories live. Discover now