HANLEA - BAB 19

1.5K 76 2
                                    

Aihan keluar dari biliknya sambil mengeringkan rambutnya yang basah. Mengintai ruang tamu mencari umi kesayangannya.

'Lah, tidur pulak dia dekat sini,' getus hati Aihan. Tuala kecil digantung ke leher.

"Umi sayang... Assalamualaikum..." Aihan mengejutkan Sofiyah yang sedang lena terbaring di sofa ruang tamu.

"Umi, assalamualaikum..." Jari telunjuknya mencuit-cuit lembut pipi Sofiyah. Terpisat-pisat Sofiyah terjaga.

"Umi, nak maghrib dah ni, tak elok tidur. Bangun ya?" Aihan membantu Sofiyah untuk duduk dari pembaringan.

"Astaghfirullah, macam mana lah umi boleh tertidur ni. Umi tengok drama tadi, terlelap pulak." Sofiyah menggosok-gosok matanya.

"Confirm drama tu membosankan. Kalau best, tak adanya umi terlelap. Lepas ni tengok cerita lain. Nanti tiap hari umi terlelap waktu maghrib," seloroh Aihan dan kembali bangun berdiri.

"Ayah balik pukul berapa umi?" soal Aihan sambil menuju ke dapur.

"Kejap lagi balik lah tu. Kenapa?"

"Han nak masak ni. Ingat nak masak lauk favourite dia."

"Boleh jugak tu Han. Terima kasih anak umi yang handsome, yang baik hati," ucap Sofiyah lalu memeluk Aihan yang tinggi itu dari belakang.

"Mengadanya, umi siapa lah ni?" gurau Aihan. Tersenyum Sofiyah. Kakinya melangkah ke peti ais, mengeluarkan sekotak brownies lalu diletakkan di kaunter dapur.

"Eh, mana datangnya ni? Aara buat ke?" tanya Aihan sambil mengintai isi kotak tersebut.

"Ha'ah, Aara hantar tadi sekejap," jawab Sofiyah sambil mengambil satu potong brownies untuk dijamah.

"Menyempat lagi dia tu nak membakar. Bukan ke busy kerja, exam pulak lagi."

"Aara tu bukan boleh duduk diam, benda dia minat pulak," jawab Sofiyah tersenyum.

Sambil Aihan mengeluarkan bahan mentah dari peti ais, otaknya tiba-tiba ligat teringat akan Eleanor.

Telefon bimbit dikeluarkan dari kocek seluar tracknya.

- Lea? Kau okay tak?

Whatsapp dihantar.

'Aik? Satu tick je?'

Pantas Aihan cuba menghubungi gadis itu, tapi tidak bersambung. Hati mula gelisah.

"Kenapa Han? Call siapa?" tanya Sofiyah. Pelik tiba-tiba anaknya menjadi gelisah.

"Dari siang tadi Han mesej Lea, dia tak baca, tak reply. Ni Han call, tak dapat. Phone mati ke apa tak tahu lah. Mana pulak dia pergi?" tanya Aihan gelisah.

"Lah iye ke, Han tak nak pergi tengok dekat rumah dia? Umi risau pulak jadi macam hari tu Han..."

"Tak apa lah, Han pergi lepas maghrib sekejap lagi. Han masakkan untuk umi dengan ayah dulu."

"Tak payah. Biar umi masak. Han pergi solat, lepas tu pergi rumah Lea. Umi nak Han tengok dia okay tak? Kalau okay tak apa, mungkin dia busy. Kalau tak okay tu yang kita takut," bicara Sofiyah tegas.

"Okay umi, Han solat sekejap."

Laju langkahnya menuju ke bilik air mengambil air wudhuk dan ke bilik untuk solat dan bersiap.

*****

T-shirt putih dan seluar jeans biru disarungkan. Rambut disikat ala kadar sahaja, hati mula tak sedap.

HAN'S: HIS SHINING LIGHT | C | ✔️Where stories live. Discover now