HANLEA - BAB 42

1.9K 79 4
                                    

Hampir dua minggu juga Eleanor mengambil masa ingin meninggalkan rumah mertuanya dan berpindah ke kondominium mereka.

Dua hari sebelum berpindah, berkepit sahaja dia dengan Sofiyah di rumah. Sehari sebelum berpindah, dia berkepit pula dengan Nek Mi di rumah sebelah. Pulang dari sekolah, puas Aihan mencari isteri di rumah tetapi tiada. Rupanya terlelap di rumah Nek Mi sehingga Maghrib.

"Ya Allah, dekat sini rupanya dia." Bercekak pinggang Aihan melihat Eleanor sudah terbaring lena di sofa milik Nek Mi.

"Tadi dia layan Nek Mi tengok TV, alih-alih terlelap dia dekat bahu Nek Mi. Tu Nek Mi dah baringkan dia." Ujar Nek Mi tersenyum.

Aihan bertinggung di tepi sofa memerhati wajah cantik isterinya yang sedang lena.

"Sepanjang hari ni, bukan main manja dia dengan Nek Mi. Rindulah dengan dia lepas korang pindah esok..." cebik Nek Mi.

Tersenyum kelat Aihan.

"Alah, nanti kitorang selalu lah singgah rumah Nek Mi, bukan tak balik langsung. Nek Mi pun sama je manja dengan Lea," bidas Aihan.

Dikejut perlahan isterinya. Tangan mengusap lembut pipi Eleanor untuk mengelak dari isterinya terkejut.

"Manja sayang... Assalamualaikum," kejut Aihan mengusap-usap pipi Eleanor.

"Dukung je lah Han. Dia tengah lena tu," ujar Nek Mi.

"Tak boleh Nek Mi, dia kena bangun jugak. Maghrib dah ni– Manja, assalamualaikum–"

Bergerak gerak bebola mata Eleanor sambil tangannya memegang tangan Aihan yang masih berada di pipinya. Dicelikkan sedikit mata. Tersergam indah wajah si suami yang sedang bertinggung mengejutkannya.

"Eh, awak, awalnya bangun. Meh tidur balik meh," ujar Eleanor mamai.

"Mamai teruk kau ni. Tahu tak kau kat mana ni?" Soal Aihan mencubit sedikit pipi isterinya.

Kembali Eleanor memejamkan mata.

"Dekat bilik kita lah... awak tidur lah. Esok nak bangun awal kan..." Eleanor menepuk-nepuk bahu Aihan.

"Kita dekat balai polis ni manja. Kau dituduh menceroboh rumah orang."

Terangkat kepala Eleanor. Berkerut-kerut dahinya dan cuba celikkan mata seluas mungkin. Diperhati sekeliling kemudian memandang suaminya lama.

"Cantiknya balai polis..."

"Manja! Wake up! Ya Allah, tu lah, tidur Maghrib lagi kau ni!" Bebel Aihan.

Terkekek-kekek Nek Mi di belakang Aihan melihat Eleanor yang polos itu.

"Lea sekarang tidur dekat rumah Nek Mi lah. Dah Maghrib dah ni. Pergi ikut Han balik," pujuk Nek Mi dengan tawanya.

Sela beberapa minit barulah Eleanor tersedar. Diketap bibirnya segan.

"Nek Mi tak kejut Lea kenapa," cebik Eleanor. Disebak rambut ke belakang masih menung di kerusi. Terasa berat kepala tidur waktu petang.

"Sedar dah manja? Siapa ajar tidur petang ni?" Soal Aihan.

"Umi..." jawab Eleanor selamba.

Tergelak lagi Nek Mi di belakang.

"Ha, tu lagi sorang nak kena kejut dekat rumah tu," bebel Aihan lagi sambil menarik lembut tangan isterinya.

Misi mengejutkan uminya pula. Dia pulang sahaja tadi, terus ternampak akan uminya yang sudah terkulai lena di sofa dengan televisyen yang masih terpasang. Tetapi disebabkan sibuk mencari isteri, dibiarkan sahaja dahulu uminya menikmati tidur.


HAN'S: HIS SHINING LIGHT | C | ✔️Where stories live. Discover now