HANLEA - BAB 66

1.8K 92 4
                                    

Menggeletar seluruh tubuh Eleanor kesejukan.

Berlari Aihan ke bilik tidur mengambil tuala dan berpatah balik ke bilik air lalu mengeringkan tubuh Eleanor.

Segala baju dan seluar Eleanor dibuka Aihan dan terus isterinya dibalut dengan tuala. Aihan mencempung Eleanor menuju ke bilik tidur dan dibaringkan ke atas tilam. Pantas Aihan menyarungkan seluar dan baju tebal pada tubuh isterinya bagi menghilangkan rasa sejuk.

Tidak sedar sepanjang Aihan bertindak itu, air mata tidak putus mengalir di pipi. Tidak sangka sejauh itu isterinya boleh bertindak. Terasa lemah lututnya membayangkan tindakan seterusnya oleh Eleanor jika dia terlambat.

Teresak-esak Eleanor menangis menutup wajahnya di atas tilam.

"Manja kenapa kau buat macam tu manja... kau dah tak sayangkan aku ke..." rintih Aihan lalu memeluk erat tubuh Eleanor yang menggigil itu.

"Saya pe–penat Han... sa–saya nak jumpa baby saya... saya mimpi baby saya Han... tapi mummy bunuh dia depan saya..." meraung Eleanor di dada Aihan teresak-esak.

Dipukul-pukul dada Aihan bagi melepaskan rasa kecewanya yang telah dipendam selama beberapa hari itu.

"Ya Allah, mengucap manja.." bisik Aihan di telinga Eleanor.

Diusap-usap belakang tubuh isterinya itu untuk memujuk sambil teresak menangis di bahu Eleanor. Tidak putus Aihan melafazkan selawat dan berzikir di telinga Eleanor sehinggalah isterinya itu semakin lemah dan pasif. Hanya tinggal sedu isterinya sahaja yang kedengaran.

Aihan dudukkan Eleanor perlahan. Diambil tuala kecil lalu dikeringkan rambut isterinya itu.

Lama Eleanor tersedu-sedu merenung wajah Aihan di hadapan yang sedang khusyuk mengeringkan rambutnya. Tersebik-sebik dia melihat mata dan hidung merah Aihan akibat turut menangis bersamanya tadi.

Perlahan jemarinya yang menggeletar itu menyeka air mata di kedua belah pipi Aihan.

Beralih mata Aihan ke wajah isterinya.

"Awak, normal ke saya rasa macam ni? Ke saya dah tak normal? Saya tengok awak tak sedih pun baby kita dah tak ada," menunduk Eleanor menekur ke bawah.

Tidak berani menatap mata coklat suaminya. Sibuk tangannya menyeka air mata di pipi.

"Lea, siapa cakap aku tak sedih?! Hati kau hancur, hati aku hancur sama Lea. Tu anak kita. Anak aku jugak. Kenapa aku tak sedih?!" Soal Aihan tidak percaya.

Diam Eleanor masih menunduk.

"Lea, look at me sayang," Aihan menarik dagu Eleanor lembut dan merenung tepat ke mata hazel isterinya.

"Aku sedih Lea... sama macam kau, kita tunggu sama-sama baby tu kan manja? Aku ayah dia, kenapa aku tak sedih pulak... tapi aku terpaksa kawal emosi aku ni Lea. Aku tak nak kau bertambah sedih tengok aku sedih. Aku kena kuat untuk kau. Tapi jujur aku tak kuat macam yang aku harap. Tiap hari aku menangis tengok kau remuk macam ni–" kesat air liur ditelan Aihan.

Tidak mampu meneruskan kata-katanya lagi. Dilagakan dahinya pada dahi Eleanor.

Kembali Eleanor teresak-esak.

"Sa–saya gagal lagi nak bagi awak fa–family," balas Eleanor tersedu-sedu.

"Aku dah ada family Lea. Kau lah family aku. Kita tak ada anak pun, kita tetap dah jadi family. Kau jangan lupa Lea, anak kita ada tapi dia dah tunggu kita dekat syurga sana. Kita dah ada tiket ke syurga. Bersangka baik dengan Allah, tak mungkin Allah uji kita tanpa ada hikmah di sebaliknya," ujar Aihan perlahan.

HAN'S: HIS SHINING LIGHT | C | ✔️Where stories live. Discover now