HANLEA - BAB 41 (M)

2K 72 0
                                    

Warning: Mature Content


Terkebil-kebil Eleanor apabila mereka sampai di kawasan kondominium yang asing baginya. Selamba Aihan membawa masuk barang-barang yang dibeli tadi ke dalam rumah.

"Rumah siapa ni wak? Tak ada orang ke?" Bisik Eleanor pada Aihan.

"Ni rumah kita berdua, suka tak?" Bisik Aihan pula di telinga Eleanor. Dicium pipi Eleanor lalu menutup pintu rumah mereka.

Terbuntang mata Eleanor memerhati sekeliling.

"Serius Han? Awak kata rumah awak beli tak siap lagi?!"

"Tipu je tu," jawab Aihan nakal.

"Habis barang-barang ni bukan untuk umi ke?"

"Bukan manja. Kalau aku nak beli untuk umi, aku suruh umi lah yang pilih. Ni barang rumah kita. Kena lah mem rumah ni yang pilih. Okay tak rumah ni? Aku minta Aara dengan Adlee decorate satu rumah ni. Cantik kan idea diorang?"

Mengangguk laju Eleanor. Diperhati rumah mereka yang dihias ala scandinavian, sangat memukau matanya. Terasa tenang sahaja suasana rumah mereka itu.

"Jom tolong aku susun barang manja," ajak Aihan lalu menuju ke dapur.

Tidak sempat dia ingin mengeluarkan barang yang dibeli tadi, terasa tubuhnya dirangkul erat oleh Eleanor. Terdengar esakan si isteri di belakang tubuhnya.

"Manja, kenapa ni?" Tanya Aihan risau.

Berpusing dia menghadap Eleanor yang sudah teresak-esak sambil menyeka air mata di pipi.

"Kenapa menangis ni manja? Dah, dah." Dipeluk erat isterinya untuk memujuk. Tergelak kecil Aihan.

"Kau terharu ke ni?"

Eleanor mengangguk.

"Saya tak sangka yang saya akan ada keluarga sendiri, rumah sendiri dengan awak. Sepanjang saya hidup, saya ingatkan saya akan stuck dekat mansion dengan daddy... saya tak pernah terfikir yang hidup saya boleh berubah macam ni, saya bersyukur dapat jumpa awak," ujar Eleanor tersebik-sebik.

"Allah dah susun cantik takdir hidup kita ni manja. Kita rasa hidup kita tak sempurna dan mungkin tak akan sempurna. Tapi Allah tu penentu segalanya. Sekelip mata Dia boleh ubah apa yang ada sekarang. Pertemuan kita pun, sebab dah diatur cantik. Terkurung lah kau macam mana pun dekat mansion, tapi sebab kita ni jodoh yang dah tertulis, kita akan jumpa jugak. Sebab tu hidup kita ni, tak boleh rasa putus asa. Kecewa hari ni, tak semestinya kecewa sampai bila-bila. Sedih hari ni, tak semestinya sedih sampai bila-bila." Lembut tangannya menyeka air mata Eleanor di pipi. Dicium dahi licin isterinya lama.

"Samalah macam kau, kau rasa terseksa, kau rasa tak bahagia selama ni, tapi tak selamanya macam tu. Allah tu maha adil. Sekarang, kau bahagia tak?"

Eleanor mengangguk. Ditongkat dagunya ke dada bidang Aihan sambil merenung wajah suaminya itu.

"See? Allah maha baik kan?"

Senyum Eleanor mengangguk.

"Awak sayang saya?" Tanya Eleanor.

"Sayang manja. Aku minta maaf kalau aku jarang convince kau dengan perasaan aku selama ni. Tapi kau kena ingat, aku tak akan buang masa dengan orang yang aku tak suka. Sekarang ni, kau keutamaan aku. Apa-apa hal, kau yang aku akan fikir dulu," jawab Aihan.

Dicium hujung mata kanan Eleanor.

"Walaupun saya banyak kekurangan? Awak sempurna dekat mata saya Han. Tapi saya lagi  jauh tak sempurna dari awak. Kadang-kadang saya kesian dengan awak. Saya beruntung dapat awak sebab awak sempurna. Tapi awak beruntung ke dapat saya yang tak sempurna ni? Saya banyak kekurangan Han. Kalau nak compare dengan–" terhenti ayat Eleanor, tak sanggup dia ingin menyebut nama perempuan itu.

HAN'S: HIS SHINING LIGHT | C | ✔️Where stories live. Discover now