HANLEA - BAB 10

1.7K 79 2
                                    

Dari awal Winda dan Donna berpakat untuk melancarkan misi Eleanor untuk keluar dari rumah tanpa disedari oleh Tan Sri Emran.

Bersiap-siap Eleanor dengan mengenakan kebaya berwarna maroon dihiasi sulam hitam dihujung baju. Menyerlahkan lagi warna kulit putih merah Eleanor.

Rambut dibiarkan lepas lalu disembur hair mist berjenama Miss Dior. Donna yang sedari tadi berada di tingkat 3 laju menuruni tangga ke tingkat 2 dan terus melaporkan pada Winda tentang keberadaan Tan Sri ketika ini yang masih berada di dalam bilik tidur.

Winda mengetuk pintu bilik Eleanor untuk memberitahu info tersebut.

"Cik El, line clear! Yahya sudah hidupkan enjin kereta Cik El di garaj. Cepat! Nanti Tan Sri keluar mati lah Cik El," Winda sudah tidak senang duduk. Risau betul riak wajah Winda selagi majikannya ini tidak keluar dari rumah.

"Okay okay, aku gerak dulu Win. Cakap thanks dekat Donna tau! Nanti aku belanja makan," pesan Eleanor.

Kaki laju menuruni tangga lantas menuju ke arah Mercedes-Benz A45 AMG putih miliknya. Winda dan Donna masing-masing sudah bersedia dengan jawapan temberang yang bakal diberi pada Tan Sri Emran jika lelaki itu mencari Eleanor nanti.

*****

"Assalamualaikum!" Eleanor memberi salam.

Terpana Eleanor melihat Aihan yang sudah lengkap berbaju melayu berwarna maroon bersama samping hitam terlipat kemas di pinggang.

'Handsomenya!'

"Wa'alaikumussalam. Lea, masuklah. Kakak aku ada dekat dalam tu. Tengah bersiap," jawab Aihan.

Mata tertumpu pada rambut ikal Eleanor yang ditutupi separuh dengan selendang hitam.

"Warna rambut kau dah lain," auto keluar komen dari mulut Aihan.

Diri sendiri pun terkejut, komen yang sepatutnya di dalam hati, terkeluar ke mulut pula.

"Err, saya dah tukar ke warna rambut asal saya. Boring warna hitam merah tu," tersengih Eleanor menjawab.

"Ni warna rambut asal kau? Cantik--" puji Aihan ikhlas.

Memerah pipi Eleanor menerima pujian dari crush.

"Thanks Han. Saya masuk dulu. Nanti bebel Ryss saya sampai lambat."

"Oh, masuklah," jemput Aihan dan memberi ruang pada Eleanor untuk masuk. Menunduk sopan Eleanor ketika melintasi ruang tamu yang sudah dipenuhi jiran dan saudara Aryssa.

*****

Sibuk Aihan di khemah di hadapan rumah, monitor apa yang patut. Segala kuih muih yang ditempah telah disusun Aihan dibantu juga oleh makcik-makcik jiran mereka.

"Han, tu Mercedes siapa? Nak minta tolong alihkan kereta lah. Family belah lelaki nak sampai tu. Nak minta tumpang parking dekat rumah Nek Mi sebelah ni," pinta Sofiyah.

"Kereta Lea tu umi. Sekejap Han minta kunci dekat dia," balas Aihan dan terus berlalu masuk ke dalam rumah.

Kebetulan bertembung dengan Eleanor yang baru sahaja keluar dari bilik pengantin bersama Mak Andam.

"Lea, nak kunci kereta. Aku nak alih kereta kau ke rumah jiran sebelah ni. Boleh? Nak bagi laluan dekat family mertua Aara."

HAN'S: HIS SHINING LIGHT | C | ✔️Where stories live. Discover now