HANLEA - BAB 16

1.6K 77 1
                                    

Kecoh pagi itu di dapur rumah agam Tan Sri Emran Nor apabila masing-masing sudah mengetahui keberadaan Eleanor yang semalaman tidak pulang ke rumah.

"Mak Nah, patutlah saya tunggu semalaman Cik El enggak pulang-pulang. Saya risau! Sekarang Cik El gimana Mak Nah? Udah sedar belum?" soal Winda.

"Mak Nah pun tak tahu Win. Mak Nah nak pergi sangat tengok El. First time dia bergaduh dengan Tan Sri sampai masuk hospital. Aduhai, risau Mak Nah..." Terduduk Mak Nah di kerusi makan di dapur.

Kalau tak diberitahu oleh suaminya Mansur, pasti dia juga sudah seperti cacing kepanasan menanti Eleanor pulang semalam.

Syukur juga ada kawan lelaki Eleanor  yang membantu.

"Saya mesej Cik El, dia enggak reply lagi." Donna menyampuk.

"Dia tak sedar lagi agaknya--"

"Nah, tolong masakkan favourite food El. Nanti bawa pergi hospital. Tengokkan dia Nah."

Berdiri semua menghadap Emran. Masing-masing terkedu, tidak sedar akan kehadiran Tan Sri Emran di dapur.

"Baik Tan Sri. Nanti saya pergi dengan Mansur," balas Mak Nah.

"Tan Sri, saya dan Winda mahu melawat Cik El juga boleh?" rayu Donna tetapi kepala menunduk menekur ke lantai.

Tidak berani menatap wajah majikannya.

"Hmm," balas Emran sebelum menghilang dari dapur.

"Yes! Yes! Yes!" bersorak Winda dan Donna terlompat-lompat gembira mendapat izin dari Tan Sri Emran.

Tergeleng-geleng kepala Mak Nah dan terus berlalu untuk mula masak makanan kegemaran Eleanor.

*****

Tersenyum Eleanor apabila pintu wad dibuka Aihan dan muncul bersama laksa yang telah dikirim tadi. Mangkuk plastik diletakkan di atas meja katil Eleanor. Laksa dan kuah dituang bersama ke dalam mangkuk.

Kecur air liur Eleanor apabila semerbak bau kuah laksa menerpa ke rongga hidungnya.

Air mineral diletakkan di sebelah laksa untuk Eleanor.

"Baca doa dulu, baru makan." Aihan menghulur sudu dan garfu plastik kepada Eleanor.

"Terima kasih awak. Awak dah makan?"

"Makan lah dulu. Kalau kau tak habis, aku habiskan," balas Aihan lembut.

"Kalau saya makan sampai habis?"

"Baguslah macam tu," jawab Aihan. Banyak mulut betul dia ni. Dia pun entah kenapa rajin pulak melayan jawab semua soalan budak ni.

Eleanor mengangguk dan mula membaca doa. Dihirup kuah laksa yang pekat itu, terpejam-pejam mata Eleanor menikmati.

"Sedap. Thank you Han."

"Welcome," Aihan melabuhkan punggungnya di birai katil Eleanor. Tak lepas matanya dari melihat gadis itu menjamu selera.

"Mulut kau sakit ke Lea?" tanya Aihan.

"Tak ada lah sangat. Kenapa?"

"Kenapa makan laksa tu sehelai-sehelai?"

"Memang saya makan macam ni wak," jawab Eleanor selamba.

HAN'S: HIS SHINING LIGHT | C | ✔️Tahanan ng mga kuwento. Tumuklas ngayon