HANLEA - BAB 61

1.6K 73 5
                                    

Murung pagi Eleanor di hujung minggu itu. Beriya Aihan berjanji manis ingin melawat Adam dan Adra di kondo milik Aryssa dan Ku Adlee tetapi dibatalkan saat akhir kerana suaminya dipanggil oleh Tuan Qaish untuk menghadiri mesyuarat bagi pengambilan pelajar sesi baharu.

"Budak-budak dah habis SPM pun awak busy lagi," rajuk Eleanor yang sedang duduk di birai katil memerhati Aihan bersiap untuk keluar.

"Sorry manja, sekejap je aku meeting. Tengahari aku balik, kita makan luar nak? Lepas tu, kita pergi tengok baby twin, okay?" Pujuk Aihan sambil bertinggung di hadapan Eleanor, mengusap perut isterinya yang sudah kelihatan sedikit.

"Betul awak balik tengahari?"

Mengangguk Aihan tersenyum.

"Sekejap je dah 4 bulan baby kita ni. Nampak dah perut kau sikit," komen Aihan. Tersenyum Eleanor sambil mengusap rambut Aihan.

Dicium perut Eleanor dan meraih isterinya ke dalam pelukan.

"Okay, saya tunggu awak. Pagi ni saya lepak-lepak je lah. Saya malaslah nak basuh baju hari ni Han. Banyak–" rengek Eleanor.

"Tak payah buat kalau malas. Nanti aku bawa dobi, pakej lipat sekali," ujar Aihan sambil mencuit hidung Eleanor.

Bangun dia dan terus mengambil jaket kulit yang tergantung untuk dipakai. Mengekor dia akan langkah suaminya ke pintu rumah lalu mencium lama tangan Aihan. Dikucup kedua pipi suaminya itu.

"Berak kencing Elmo aku dah bersihkan tadi, kau jangan usik pulak bekas berak dia tu. Tak elok untuk orang mengandung. Faham?"

Mengangguk Eleanor.

"Terima kasih Han. Awak hati-hati tau. Jangan nak bersuperman atas jalan. Love you."

Tersengih Aihan dan mencium dahi Eleanor lalu turun ke bibir isterinya pula.

"Love you too. Jangan nakal-nakal dekat rumah," pesan Aihan sebelum dia keluar dari rumah. 

*****


Puas Eleanor merenung peti aisnya yang penuh dengan buah-buahan dan air delima. Dia mengambil sebotol air delima lalu dibawa ke ruang tamu. Duduk dia minum sambil membelai Elmo yang sedang tidur di sofa itu. Mata terpasak pada rancangan Running Man episod kegemarannya.

Terdengar getaran di telefon bimbitnya menandakan ada mesej masuk. Terus dicapai telefonnya mengharapkan mesej dari Aihan.

Terangkat keningnya melihat si penghantar mesej.

"Ean!" Jerit kecil Eleanor. Tersenyum lebar dia mula membuka isi mesej dari adik lelakinya itu.

Ean
- Elea, guess what? Aku ada di Malaysia now!
But! Please don't tell your husband. I want to
surprise him!


Berkerut dahi Eleanor.

'Ala, mana boleh... aku dah janji tak nak tipu-tipu dia dah,' ujar Eleanor di dalam hati.

- Ala Ean, tak payah lah surprise! Kitorang
jemput kau dekat airport tau!

Ean
- Jangan! Aku dah nak sampai rumah kau.


Terus terbangun Eleanor dari sofa.

"Lajunya nak sampai rumah? Eh, tapi Ean tahu ke rumah aku? Macam mana dia tahu? Han pernah bagitahu ke? Ke aku pernah bagitahu? Rasanya tak pernah," gumam Eleanor.

Mujur rumahnya sudah bersih Aihan kemaskan selepas subuh setiap hari. Tidak perlu dia mengemas lagi. Terus Eleanor menghantar mesej kepada Aihan.

HAN'S: HIS SHINING LIGHT | C | ✔️Where stories live. Discover now