HANLEA - BAB 25

1.6K 65 0
                                    

Berkerut dahi Vivy melihat Mercedes-Benz A45 putih milik bosnya sudah berada di dalam kotak parkir khas VVIP di perkarangan pejabat.

"Mak aih, baru pukul 8.30, dah sampai office dah? Ajaib ajaib..." Gumam Vivy.

'Boleh lah ajak minah tu breakfast sekali,' bisik kecil hatinya. Beg bekal di tangan dihayun perlahan seiring langkahnya menuju ke lif.

"Aik, gelap je bilik dia ni. Mana pulak dia pergi?" Vivy mengintai bilik pejabat Eleanor yang masih gelap tidak berpenghuni. Mencari lagi gadis itu ke pantry mengintai kelibat Eleanor.

Tak ada.

Pintu bilik fail dibuka, tak ada juga.

Melangkah pula Vivy ke toilet.

"Cik Elea..." Tiada sahutan.

'Aik, mana pulak dia ni? Kereta ada. Tak apa lah, muncul lah tu kejap lagi.'

Kembali Vivy ke mejanya untuk mengemas dokumen sedikit sebelum membuka bekal makanan untuk dijamah.



Waktu menginjak ke tengah hari, kelibat Eleanor masih tidak kelihatan. Vivy sudah mula cemas. Puas dia menghubungi Eleanor tetapi gagal. Telefon seperti dimatikan.

'Mampus lah, kejap lagi mesti white lion tu mengamuk kalau tahu anak dia tak ada lagi dekat office.'

Tok tok!

Mendongak Vivy memandang gerangan yang mengetuk mejanya.

Gulp!

Bingkas dia bangun dari kerusi.

"Err, Tan Sri..." Sapa Vivy gugup.

"Where's Elea?" Soal Tan Sri Emran.

"Err, I tengah cari dia ni tapi tak dapat. Pagi tadi I sampai office, I nampak kereta dia dah ada dekat sini. I ingat dia dah masuk, tapi sampai sekarang I tak nampak batang hidung dia lagi," jawab Vivy terketar-ketar.

"Shit... Cari dia sampai dapat Vivy. Petang ni dia kena lead meeting!" Arah Tan Sri Emran dan terus berlalu ke lif peribadinya.

"Fuck El, mana you pergi!" Gumam Emran. Hati mula rasa tidak sedap.


*****


Usai solat Isyak, sejadah dilipat Aihan. Songkok diletakkan di atas meja sisi katil. Telefon bimbit dicapai lalu menghubungi Yahya, pengawal rumah agam Eleanor.

"Assalamualaikum Encik Arif!" Sambut Yahya di hujung talian.

"Waalaikumussalam Yahya. Sorry kacau. Saya nak tanya ni, Eleanor okay? Saya call dia tak dapat lah. Sebelum ni saya mesej, dia baca je. Tapi ni saya mesej, tak receive. Macam off phone. Saya nak tahu dia okay tak?" Tanya Aihan risau.

Sumpah dia risau. Dua minggu gadis itu tidak menghubungi dan membalas mesejnya. Dia tahu, pasti Eleanor berjauh hati dengannya. Sepanjang dua minggu itu dia hanya menghubungi Yahya sahaja. Sekadar ingin tahu keadaan Eleanor memandangkan gadis itu tidak memberi respon padanya.

"Saya baru nak telefon Encik Arif. Saya nak bagitahu Cik El tak balik-balik sampai sekarang. Pagi tadi awal dia pergi ke pejabat. Dia pesan dekat saya suruh jaga rumah. Lepas tu, dia terus keluar. Tapi rupanya sepanjang dekat office dia tak ada. Tan Sri dah mula nak menggila dekat rumah ni cari Cik El. Kereta Cik El ada di office, superbike dia ada dekat garaj rumah ni. Kitorang semua tak tahu dia pergi mana. Saya ingat dia ada dengan Encik Arif!" Panjang lebar Yahya mengadu semuanya.

HAN'S: HIS SHINING LIGHT | C | ✔️Where stories live. Discover now