HANLEA - SPECIAL CHAPTER 4 ✨

1.6K 71 0
                                    

Sebelum subuh lagi Eleanor sudah terjaga. Berat terasa tubuhnya ditindih Aihan yang lena seperti bayi kecil. Terpinga-pinga dia melihat dirinya dan Aihan yang sudah berada di katil.

Seingat dia semalam, dua-dua terlena di sofa. Entah masa bila Aihan mengangkatnya untuk tidur di sini pula.

Panjang keluhan Eleanor lepaskan. Terasa letih tubuhnya. Perut juga terasa senak.

'Nak period agaknya,' getus hati Eleanor.

Bangun dia perlahan tidak mahu menganggu Aihan. Selesai mandi dan Subuh, terus berlalu dia ke dapur dan mula menyiapkan sarapan untuk Aihan yang akan ke sekolah sebentar lagi.

Dikerling jam, masih awal. Malas dia mahu mengejutkan Aihan. Pandai-panda lah bangun sendiri Subuh.

Nasi goreng bersama telur mata dihidangkan di atas meja pulau di dapur itu dan diletakkan nota kecil buat suaminya.

Kakinya melangkah ke bilik kerja lalu dikunci pintu tanda tidak mahu diganggu. Moodnya untuk bekerja hari itu hilang entah ke mana. Badan yang terasa lesu seperti mahu demam, tambah pula dengan kesan 'Monday Blues' membuatkan keinginan untuk ponteng sangat tinggi.

Duduk Eleanor di kerusi kerja sambil bersandar. Teringat akan perbualannya bersama Harlina malam semalam.

"Assalamualaikum mama," salam diberi Eleanor teruja.

Jelas raut pucat Harlina di panggilan video.

"Waalaikumussalam El! Ni ha, Raiqal nak cakap dengan El," lembut bicara Harlina.

"Kak Eya! Nanti balik sambut birthday Qal tau!" Beritahu Raiqal semangat.

Kalau dulu, dia lah yang terpaling berat mulut ingin bercakap. Umur menginjak ke 4 tahun, terus petah anak ini berkata-kata. Kadang-kadang cara bercakap pun dah macam orang tua.

Terpengaruh daddy lah tu!

"Birthday Qal? Mestilah Kak Eya datang! Tell me, what do you want for your birthday?"

"Qal nak baby! Mama kata nanti mama bagi baby dekat Qal! Qal ada adik nanti!" Beritahu Raiqal teruja.

Terangkat kening Eleanor mendengar kata-kata Raiqal. Terlepas tawanya melihat Raiqal sudah terlompat-lompat suka.

"Mama, macam mana mama nak bagi adik tu?" Soal Eleanor dengan tawa yang masih bersisa.

"Lagi 7 bulan mama boleh bagi dia adik Insyaallah. Doakan mama ya El. Umur dah masuk 41 ni tiba-tiba termengandung pulak mama. Mama ingat mama dah tak boleh mengandung dah," jawab Harlina tersipu-sipu.

Tersentak Eleanor.

Kosong wajahnya menatap skrin telefon bimbit. Otak cuba mencerna info yang baru dia terima itu.

'Mama pregnant?' Puas di tarik hujung bibir untuk mengukir senyuman.

Dia gembira. Sumpah dia gembira dengan berita itu. Tetapi jauh di sudut hati, tuhan sahaja yang tahu.

"Tahniah mama! El dapat adik lagi. Daddy happy ke tahu mama pregnant?" Soal Eleanor.

Cuba dia mengawal perasaan di hadapan ibu tirinya itu.

HAN'S: HIS SHINING LIGHT | C | ✔️Where stories live. Discover now