HANLEA - BAB 30

1.6K 69 3
                                    

Aihan menarik bagasi Eleanor keluar dari bilik tetamu yang telah didiami gadis itu semalaman dan dimasukkan ke dalam boot Myvi hitamnya.

"Lea, apa-apa hal bagitahu aku okay? Bagitahu Han. Sekecil-kecil hal pun, kau bagitahu. Jangan tiba-tiba hilang je. Tau?" Pesan Aryssa di muka pintu. Kedua pipi Eleanor dicium Aryssa.

"Okay Ryss, Insyaallah, kau pun jaga diri tau. Aku Whatsapp tu balas. Jangan tinggal bluetick," sempat Eleanor menyindir. Tersengih-sengih Aryssa serba salah.

Ya, memang selalu dia sedekah bluetick pada Eleanor. Bukan dia tidak mahu balas, kadang-kadang terlupa nak balas. Ada juga mesej yang dia balas setelah 5 hari berlalu. Memang kena semburlah dengan Eleanor.

"Umi, Lea balik dulu. Maafkan Lea susahkan umi. Susahkan anak umi. Sampai ke sana anak umi cari Lea. Sorry umi..." ujar Eleanor monyok.

"Lea, janganlah cakap pasal susah-susah ni. Lea langsung tak susahkan umi. Lea tak susahkan anak umi pun. Dia yang susah hati sendiri bila Lea hilang. Macam kena tinggal dengan bini. Macam tu lah muka Han waktu tak tahu Lea dekat mana hari tu."

Tersengih Eleanor. Terasa berbunga hatinya.

'Betul ke lelaki handsome ini sudah menyimpan perasaan terhadapnya?'

"Lagi satu, balik nanti, Lea tenangkan diri. Bincang baik-baik dengan daddy Lea. Dengar dulu penjelasan daddy Lea. Kenapa dia tipu, apa sebenarnya yang jadi dulu. Mesti ada sebab dia buat semua tu dekat Lea. Elakkan bergaduh mulut dengan daddy ya? Umi risau nanti Lea kena pukul lagi. Umi tak nak macam tu. Tau?" Pesan Sofiyah lembut.

"Lea redha umi... bila Lea fikir-fikir balik. Mungkin mummy dengan daddy tak sayang Lea. Tapi ada ramai lagi yang sayang Lea dekat dunia ni, kan umi?"

"Pandai pun! Tapi ibu ayah mana tak sayang anak Lea. Diorang mesti sayang Lea tapi salah cara... percayalah cakap umi."

Eleanor mengangguk dan tersenyum kelat. Dipeluk tubuh kecil Sofiyah erat.

"Bincang baik-baik, nanti umi ayah hantar cincin merisik untuk Lea," ujar Sofiyah. Pipi Eleanor diusap penuh kasih. Eleanor mengangguk tersipu-sipu. Malu tapi mahu!

*****


Diam mereka berdua di dalam kereta, masing-masing melayan perasaan. Sekejap-sekejap Eleanor memicit pinggangnya yang terasa lenguh. Sudah lama dia tidak senggugut teruk. Mungkin kali ni kerana hormonnya tidak stabil. Stress melampau.

"Kau senggugut ke?" Tanya Aihan. Dikerling wajah pucat Eleanor yang sedari tadi kelat diam seribu bahasa.

"Sorry Lea, aku tak tahu cara nak kurangkan period pain. Kau tahu?"

"Selalunya saya pakai heating pad atau golek botol isi air panas... Tapi tak apa, nanti saya minta Winda buatkan dekat rumah," jawab Eleanor tersenyum.

Aihan berhenti parkir di hadapan kedai mamak. Terangkat kening Eleanor memerhati kawasan itu.

'Dia ni nak lepak mamak ke? Bukan tadi dah makan dekat rumah umi?'

"Kau tunggu sini sekejap," pesan Aihan lalu keluar dari kereta. Tidak sampai 5 minit, kembali Aihan masuk ke dalam kereta dan menghulur botol air mineral berisi air suam.

"Eh?" Eleanor menyambut botol tersebut.

"Roll dekat perut. Macam tu ke kau selalu buat?"

HAN'S: HIS SHINING LIGHT | C | ✔️Where stories live. Discover now