HANLEA - BAB 40

2K 82 3
                                    

Laju langkah kaki Aihan menuju ke bilik guru. Rasa bengang hatinya apabila teringat akan cerita umi berkenaan Nurin dan isterinya. Bertambah lagi kesal ketika di pintu rumah tadi, lama Eleanor mencium tangannya.

"Han, awak sayang saya kan? Awak dekat sekolah ingat saya tak dekat rumah? Awak jangan lupa saya tau. Kalau awak free, awak mesej lah saya... boleh ke Han?" Lembut bicara Eleanor padanya pagi tadi.

Tetapi jelas terpancar raut risau di wajah cantik isterinya itu. Dipeluk erat tubuh Eleanor untuk menyedapkan hati isterinya.

"Kau isteri aku manja. Mesti lah aku sayang. Petang ni aku balik awal, kita jalan-jalan nak?" Pelawa Aihan. Laju kepala isterinya mengangguk. Kembali ceria.


*****


Sampai sahaja Aihan di mejanya. Terlihat figura Nurin di meja gadis itu sedang khusyuk bermain telefon bimbit.

Tok tok!

Aihan mengetuk meja. Terangkat kepala Nurin dan terus tersenyum lebar melihat Aihan yang sudah berdiri di tepi mejanya itu. Pagi-pagi dah dapat lihat wajah indah ciptaan tuhan. Terus berbunga rasa hati!

"Arif! Awal awak sampai?" Tegur Nurin ceria.

"Lepas ni Nurin, kalau boleh tak payah lah nak dekat dengan umi aku lagi, tak payah dekat dengan isteri aku. Aku tak kisah kau nak berkawan dengan Lea, nak baik dengan umi aku pun aku tak kisah. Tapi aku rasa, tak ada ayat yang baik pun keluar dari mulut kau melainkan niat kau memang nak lukakan hati isteri aku semalam," terjah Aihan.

"Arif, apa awak cakap ni? Pagi-pagi dah serang Nurin macam ni," balas Nurin terketar.

"Jangan bermuka-mukalah Nurin. Kau ni common sense pun kau tak ada. Benda dah lepas tak perlu dah kau nak ungkit balik. Kisah kita dah lama habis Nurin. Dah expired," bidas Aihan.

Mencerlung matanya pada wajah Nurin. Cuba dia mengawal suaranya supaya tidak terlalu tinggi.

Terpana Nurin dikritik Aihan begini. Terasa hati bagai disiat-siat.

"Ya Allah, Arif. Tak baik tuduh Nurin macam tu. Lea ke mengadu dekat awak? Sumpah Nurin tak ada niat buruk dekat dia. Mungkin salah Nurin ada terlepas cakap. Mungkin Nurin excited bercerita sampai terlupa yang dia isteri awak. Sampai hati Lea tuduh Nurin... awak percayakan Lea, Arif? Awak kenal Nurin lagi lama dari dia!" Bentak Nurin. Muram wajahnya memandang Aihan.

"Sikit pun Lea tak ada cerita apa-apa pasal semalam. And, kalau dia cerita pun, of course aku percayakan dia. She's my wife. Kau toreh hati dia, berdarahnya dekat sini." Aihan menuding jari telunjuk ke dadanya sendiri.

Tajam matanya menikam ke wajah Nurin yang jelas sudah bertakung air mata.

Berlalu Aihan keluar dari bilik guru meninggalkan Nurin yang sudah tersebik-sebik di meja.

Menggigil-gigil tangan Nurin menahan marah.

'Bodohnya perempuan tu!' Jerit hati nurin.

Kecewanya dia apabila Aihan bercakap kasar dengannya. Habis terbang panggilan saya awak Aihan pada dirinya tadi. Semua disebabkan perempuan tak guna tu!


HAN'S: HIS SHINING LIGHT | C | ✔️Where stories live. Discover now