HANLEA - BAB 54

1.6K 77 0
                                    

Berlari anak Eleanor menuju ke mangkuk tandas bilik tidurnya dan terus memuntahkan segala isi perut. Terduduk dia di tepi mangkuk tandas itu mencuri nafasnya yang terasa pendek. Diusap-usap perutnya yang berasa tidak selesa itu.

Setelah dua minggu dia mengetahui akan kehadiran anak kecil di dalam rahimnya, barulah dia mengalami simptom morning sickness yang agak teruk.

Setiap pagi selepas sahaja suaminya bertolak ke sekolah, pasti dia akan berasa mabuk. Sehinggakan dia sudah menjangka bila waktunya dia akan muntah.

Yang peliknya, apabila Aihan berada dekat dengannya, tidak pula dia berasa mual atau pening.

'Mengada betul baby ni eh? Macam mummy!' Getus hati Eleanor tersenyum senget.

Bangun dia dari lantai dan terus dia mencuci seluruh bilik air itu. Itu juga salah satu aktiviti kegemarannya sejak mengandung. Suka akan bau tandas selepas dicuci. Dapat memberi efek ketenangan pada dirinya.

Selesai dia mencuci bilik air, duduk dia di sofa dan mula menekan punat on pada alat kawalan jauh. Elmo yang sedari tadi merayau mengikut langkahnya turut berbaring di sebelah Eleanor di sofa itu.

Televisyen terpasang, tetapi sibuk dia bermain telefon bimbit. Sekejap-sekejap dia spam mesej pada suaminya. Sekejap-sekejap dia menghantar mesej kepada Ean.

'Rindunya dengan Ean. Lama betul rasa tak contact dia,' bisik Eleanor di dalam hati.

Bukan dia tidak mahu menghubungi Ean. Tetapi dia malas mahu menganggu konsentrasi adiknya belajar di sana. Pasti sibuk memandangkan adiknya sudah mula masuk semester baharu.

Ting!

Tiba-tiba naik satu notifikasi balasan mesej dari suaminya.

Baby Han
- Kenapa spam aku sampai berpuluh mesej
masuk ni? Boring ke manja?


- Hmm... rindu bau awak...

Baby Han
- Pagi tadi dah cium pun rindu lagi?


- Tak pernah tak rindu! Awak, bila kita nak balik
mansion? Saya rindu raiqal...

Baby Han
- Tunggu weekend ni boleh? Kita balik
sekejap.


- Lamanya lagi...

Baby Han
- Sorry manja... sabar sikit eh


- Hmm, okay.

Baby Han
- Tengahari ni kau nak makan apa syg?
Aku orderkan.

Setiap hari Aihan akan bertanya jika dia mahu makan apa-apa memandangkan dia tidak
boleh makan benda bergoreng atau yang ditumis di rumah. Pasti dia akan muntah.

Kasihan juga pada Aihan terpaksa menahan diri untuk memasak di dapur.

'Nak makan apa ek? Tak lapar pun. Tapi kalau kata tak lapar mesti Han marah,' ujar Eleanor di dalam hati.

- Han, tak payah lah order. Saya kenyang lagi.
Sandwich awak buat pagi tadi byk lagi.
Saya ulang-ulang makan tu je dari tadi.
Kenyang perut saya...

Baby Han
- Are you sure manja? Tak lapar?


- Ya betul baby. Malam nanti baru kita makan
sama okay?

Baby Han
- Okay manja. Habiskan sandwich tu. Jangan
bagi perut rasa lapar. Rasa mual, minum air
delima yang aku dah belikan tu. Boleh manja?

HAN'S: HIS SHINING LIGHT | C | ✔️Where stories live. Discover now