HANLEA - BAB 43 (M)

1.8K 78 0
                                    

Warning: Mature Content


Puas Aihan memujuk Eleanor untuk pulang bermalam di mansion seperti yang dipinta oleh Tan Sri Emran. Tetap berkali-kali juga Eleanor berdegil tidak mahu.


"Kalau kau balik jumpa daddy, aku bagi hadiah," Aihan cuba mengumpan isterinya.

"Hadiah apa?"

"Kau pernah minta benda ni. Tapi aku tak nak bagitahu. Kena balik jumpa daddy dulu baru aku bagi. Boleh manja?" Tanya Aihan cuba memujuk.

"Kalau saya tak suka hadiah awak tu macam mana?" Mata memincing halus pada Aihan. Sangsi.

"Amboi, dulu kau kata apa-apa yang datang dari aku, kau akan suka. Sekarang, dah pandai dah tak suka apa aku nak bagi... Hmm yelah, baru 4 bulan kita kahwin manja. Kalau dah bertahun, aku pun kau tak suka dah kot," rajuk Aihan.

Terkedu Eleanor. Bibir diketap perlahan.

"Ala sorry baby. Okay okay, saya saja je bergurau," Eleanor memeluk Aihan dari belakang.

"Aku tidur dekat bilik kerja malam ni," berlalu Aihan meninggalkan Eleanor sengaja memancing isterinya itu.

"Ala ala ala, Han please, jangan macam ni. Saya minta maaf! Tak apa Han, tak ada hadiah pun tak apa. Saya balik mansion jumpa dengan daddy ye, awak janganlah merajuk. Kesianlah dekat saya..."

"Kenapa nak kesian pulak?"

"Saya tak reti pujuk..." rengek Eleanor menghentak kakinya manja.

Atas bawah sahaja Aihan menjeling Eleanor.

"Betul ni kau nak balik rumah daddy? Jangan dah sampai sana, kau sibuk nak balik pulak."

Tergeleng-geleng kepala Eleanor.

"Tak, tak. Saya janji."

"Janji, nanti salam daddy, salam wife baru daddy?"

Memuncung bibir Eleanor.

"Saya tak biasalah salam daddy. Awkward!" Eleanor memberi alasan.

"Kenalah biasakan manja," pujuk Aihan.

"Hmm, okay. Tapi awak jangan merajuk tau," pujuk Eleanor.

"Okay... Nanti aku bagi hadiah," ujar Aihan sambil menarik tangan Eleanor untuk kemas baju mereka dan dibawa masuk ke dalam beg.

Betapa mudah Aihan membuat reverse psychology pada isterinya itu.


*****


Senyap mereka di dalam kereta melayan perasaan sambil kereta meluncur laju menuju ke rumah agam milik Tan Sri Emran.


"How's your feeling manja?" Tanya Aihan lembut. Tangan kirinya sibuk mengelus jari lembut isterinya.

"Nervous."

HAN'S: HIS SHINING LIGHT | C | ✔️Where stories live. Discover now