HANLEA - BAB 70 (END)

2.6K 123 28
                                    

"Emerald Engineering welcomes you back."

Terngiang-ngiang suara bapanya di kepala. Termenung dia di birai katil dengan bertelekung sambil menunggu suaminya selesai membersihkan diri untuk solat Isyak bersama.

"Menung apa tu manja?" Sapa Aihan yang sudah lengkap berkain pelikat dan bert-shirt hitam sambil memakai songkoknya.

"Eh, masa bila awak habis mandi?"

"Dasyat menung kau manja, aku dah ulang alik depan kau pakai baju apa semua pun boleh tak perasan?" Tersengih Aihan.

Sejadah dibentangkan untuk mereka sebelum mula mereka menunaikan solat fardu Isyak berjemaah.

Selesai doa, Aihan berpusing menghadap Eleanor lalu tangannya diraih dan dicium lama oleh isterinya. Dahi dan pipi Eleanor dikucup Aihan.

"Han baby..."

"Ya manja," jawab Aihan sambil menanggalkan telekung isterinya.

Dibelai rambut Eleanor dan menciumnya tanpa jemu.

"Awak izinkan saya kerja?"

"Mestilah manja. Kenapa tak izinkan pulak? Sebelum ni kan patutnya kau nak kerja dekat syarikat Ad, aku bagi je. Apatah lagi syarikat kau sendiri," jawab Aihan tersenyum.

"Awak tahu ke pasal ni?"

"Daddy minta advice aku dulu. Dia nak fokus dengan keluarga dia je sekarang, dia dah tak larat nak ambil tahu hal company. Jadi, aku advice dia untuk serahkan pengurusan dekat orang yang dia paling percaya. Kau tahu dia pilih siapa mula-mula?" Aihan berteka-teki.

"Siapa baby?"

"Aku. Gila ke? Mana aku pandai, aku cikgu! Yang bukan-bukan je daddy kau tu," jeling Aihan.

Terlepas tawa Eleanor tidak percaya.

'Wow suami aku orang paling daddy percaya eh? Bangganya!' Jerit Eleanor di dalam hati.

"Why not Han? Awak bijak, senang belajar. Mesti awak lagi pandai dari dia kalau dah tahu selok belok bisnes daddy tu," balas Eleanor tersenyum.

"Not my passion manja. Kau lagi layak dan sesuai. Manja aku ni dah lah pandai, baik, rajin," puji Aihan tersenyum merenung wajah isterinya.

"Tapi saya tak yakin dengan diri saya..."

"Kau tak nampak ke tadi, semua staff daddy kau tepuk tangan suka bila daddy bagitahu kau akan ambil alih position dia. Maknanya semua orang percayakan kau. Jadi kau pun kena belajar percayakan diri kau jugak. Manja aku boleh. Aku yakin kau boleh. Aku sentiasa ada dekat belakang kau manja, jangan risau. Selagi kau tak cuba, selagi tu kau tak tahu tahap mana kau boleh pergi," ujar Aihan memberi kata-kata semangat buat isterinya.

Tersenyum Eleanor sedikit lega.

"Awak, saya nak peluk!" Eleanor mendepakan tangannya luas pada Aihan.

Terus tubuhnya diraih Aihan masuk ke dalam dakapan.

"Terima kasih selalu ada dengan saya Han... selalu sabar dengan saya, selalu faham saya," Eleanor mencium pipi Aihan lama.

"Manja manja ni nak apa sayang?" Soal Aihan nakal. Diusap belakang badan Eleanor lembut.

"Jom mamak Han. Saya teringin lepak mamak," ajak Eleanor.

"Ala, ingatkan kau nak buat order kuih," memuncung bibir Aihan kecewa.

"Awak ni! Tunggu lah lepas 3 bulan, nanti saya buka kedai balik okay? Sabar lah sikit," pujuk Eleanor.

HAN'S: HIS SHINING LIGHT | C | ✔️Where stories live. Discover now