HANLEA - SPECIAL CHAPTER 1 ✨

1.6K 68 0
                                    

Terkedek-kedek dua ekor kucing berbulu emas dan putih mengekor ke mana sahaja langkah Eleanor.

Eleanor mengeluarkan buah strawberry yang dibeli Aihan semalam lalu memotongnya kecil dan dituang coklat yang telah dicairkan ke atas buah strawberry itu.

Lenggang lenggok dia membawa semangkuk makanan manis itu ke ruang tamu.

"Kenapa ikut mummy je korang ni? Lapar lagi ke?" Eleanor bercekak pinggang pada kedua kucing gemuknya yang sedang merenungnya dengan membuat wajah kasihan.

"Elmo, you dah makan kan tadi? Elsa pun! Nak gemuk mana korang ni ha?" Bebel Eleanor tetapi tetap juga dia memberi makan pada dua ekor si gebu itu.

Senyum dia bertinggung di hadapan sangkar kedua ekor kucingnya itu. Diusap kucingnya yang berbaka Ragdoll berwarna putih itu dengan geram.

Menuju Eleanor kembali ke ruang dapur untuk mencuci tangannya. Duduk dia di sofa dan mula bersimpuh dengan semangkuk strawberry diletakkan di atas peha terdedahnya. Ralit melayan ulangan Running Man tidak jemu.

Tersandar Eleanor di sofa berasa bosan dengan hujung minggunya.Tiba-tiba kedengaran telefon bimbitnya berbunyi minta diangkat. Teruja Eleanor menyambut panggilan apabila tertera nama suaminya terpampang di skrin telefon.

"Assalamualaikum manja!"

"Wa'alaikumussalam. Awak, dah nak maghrib ni, bila nak balik? Bosan dah saya ni–" rengek Eleanor.

Ketawa Aihan di hujung talian.

"Sorry sangat manja, kejap lagi ni aku balik. Kau solat and bersiap terus boleh? Aku solat dekat sini sekejap lepas tu aku pick up kau. Kita dinner somewhere special hari ni. Pakai dress yang aku belikan bulan lepas tu okay manja?"

Terangkat kening Eleanor. Terus tegak badannya apabila mendengar arahan suaminya itu.

"Dinner special? Wow! Okay baby. Saya mandi, solat and terus bersiap pakai dress tu," ujar Eleanor teruja lalu bangun dan meletakkan baki buahnya ke dalam peti ais semula.

"Okay manja, siap comel-comel tau. I love you!" Pesan Aihan sebelum mematikan talian.

Tersenyum lebar Eleanor menuju ke bilik air di dalam biliknya.

'Baru je plan nak merajuk malam ni, tak jadilah!' Getus hati Eleanor.

Usai solat, terus Eleanor menyarung dress berwarna maroon yang dibeli Aihan sebulan yang lepas.

Terkejut juga dia apabila pulang ke rumah, terlihat beg kertas di atas katil King mereka. Apabila diintai isi dalamnya, terus disergah Aihan dari belakang.

"Ha! Intai apa tu?" Terasa tubuhnya dipeluk erat oleh suaminya dari belakang.

"Baby! Terkejut saya!" Muncung bibir Eleanor. Berpusing Eleanor menghadap Aihan lalu diraih tangan Aihan untuk dicium hormat.

"Sorry, baru sampai ke ni? Tak perasan. Tadi aku buat kerja dalam bilik kerja tu," ujar beritahu Aihan sambil mencium dahi isterinya.

"Ha'ah baru sampai wak. Tadi jem. Time saya drivelah nak jem pun. Time saya bawa motor bukan main clear lagi jalan," rungut Eleanor sambil membuat mata ke atas.

HAN'S: HIS SHINING LIGHT | C | ✔️Where stories live. Discover now