HANLEA - BAB 34

1.8K 73 2
                                    

Termenung Aihan di mejanya di dalam bilik guru menatap skrin laptop miliknya. Hari ini hari terakhir dia perlu mengesahkan kehadiran untuk majlis makan malam yang akan berlangsung di hotel hujung minggu ini. Jika dia hadir, dia akan membawa Eleanor sebagai pasangannya di malam itu.

Waktu itulah, baru dia akan perkenalkan Eleanor sebagai isterinya memandangkan di sekolah hanya pengetua dan Hafiz sahaja mengetahui status bujangnya yang sudah bertukar. Sebut pasal Eleanor, tersenyum dia mengingat wajah cantik isterinya pagi tadi.


*****


Lena Aihan tidur mengiring sambil memeluk Eleanor. Berkerut kerut dahinya apabila terasa wajahnya dimain-main oleh jari halus isteri. Bibir mengukir senyum pantas tangannya menyambar lembut jari Eleanor.


Celik sahaja mata, terpampang wajah polos Eleanor yang tersenyum merenungnya.

"Good morning baby Han," ucap Eleanor. Diusap-usap wajah licin Aihan.

Tersengih Aihan mendengar panggilan terbaru untuk dirinya.

"Kenapa baby? Tak rock la," gumam Aihan dengan suara seraknya.

"Awak tidur comel je. Macam kucing. Tapi tak kan saya nak panggil kitty. Saya tukar panggil awak baby la," jawab Eleanor tersenyum.

'Haih dia ni, pagi-pagi pun dah cantik,' bisik hati Aihan.

"Dah pukul berapa ni manja? Awal lagi kan?" Soal Aihan.

Dicium hujung mata kanan Eleanor, turun pula ke pipi. Perlahan bibirnya turun ke leher Eleanor. Tangannya yang mula mengusap belakang tubuh Eleanor terhenti apabila mendengar alarm di telefonnya berbunyi. Mengeluh Aihan kembali berbaring.

"Lain kali, pagi-pagi jangan cantik sangat. Geram aku," bebel Aihan lalu bangun dia dari katil dan menutup alarmnya.

"Eh, salah saya pulak. Iman awak tu yang nipis," memuncung bibir Eleanor. Bangun dia mengambil tuala untuk mandi. Dah duduk rumah mertua, kena lah bangun awal, tolong siapkan breakfast. Tak gitu Elea?

"Eh eh, aku mandi dulu." Laju Aihan mencapai tualanya. Sempat dia mencium pipi Eleanor sekilas sebelum keluar dari bilik untuk pergi ke bilik air di dapur bagi membersihkan diri.


Terbaring Eleanor di meja makan dapur menanti suaminya selesai mandi. Dikerling jam dinding, 6.30 pagi. Sudah hampir 15 minit dia menunggu.

"Eh Lea, kenapa baring dekat sini?" Tegur sofiyah yang baru sahaja tiba di dapur untuk mula menyediakan sarapan pagi.

"Umi, lamanya Han mandi. Dah 15 minit dah ni. Subuh pun belum umi," rungut Eleanor menongkat dagunya di meja.

"Han dari dia kecil memang suka mandi lama. Umi pun tak tahu apa yang dia buat dekat dalam tu," ujar Sofiyah tersenyum.

"Lea bangun awal nak tolong umi masak, tapi mandi pun tak lagi ni... sorry umi," cebik Eleanor.

"Alah, tak apa, Lea siapkan Han je. Biar umi masak. Umi nak goreng mee je ni," senyum Sofiyah sambil membuka peti ais.

HAN'S: HIS SHINING LIGHT | C | ✔️Où les histoires vivent. Découvrez maintenant