HANLEA - BAB 11

1.6K 72 5
                                    

Fokus Eleanor mengunyah popia kegemarannya yang digoreng Mak Nah pagi ini. Ceria sahaja mood Eleanor kerana misinya semalam tidak dapat dikesan oleh bapanya.

"Morning," sapa Emran yang mulai duduk di hadapannya. Kemas bert-shirt polo dan berseluar slack hitam.

"Golf ke?" tanya Eleanor berbasa-basi.

"Ya. Dengan Dato' Ghaz. Tak pergi kelas ke hari ni?"

Nak tersedak Eleanor. Laju tangannya mencapai air sejuk di sebelah.

"Hmm, lewat sikit. Kejap lagi baru pergi," jawab Eleanor ringkas. Dalam hati lega juga. Tak perlulah dia bersiap sorok-sorok sekejap lagi.

"Nah Tan Sri..." Mak Nah muncul bersama air kopi untuk Emran.

Terjegil-jegil mata Mak Nah pada Emran.

"Iye lah Nah. Saya nak cakap lah ni," Emran bersuara.

Mak Nah mengangguk tersenyum dan terus berlalu. Berkerut dahi Eleanor. Apasal Mak Nah main-main mata dengan daddy pulak ni?

Ish! Meremang.

"El..."

Terangkat kening Eleanor mendengar panggilan dari bapanya.

"I'm sorry. Hari tu tuduh you dengan Rafiq. And pukul you." Perlahan suara Emran meminta maaf. Tercabar egonya.

Puas Mak Nah memujuknya untuk meminta maaf pada Eleanor. Serba salah menghantui diri apabila mengetahui Eleanor diserang panik selepas kejadian itu.

Dia sendiri tidak tahu kenapa sabarnya semakin menipis sejak kebelakangan ini. Mungkin dia terlalu takut. Takut akan kehilangan Eleanor di tangan yang tidak sepatutnya.

"Wow! Tak sangka you nak minta maaf. It's okay, I'm used to it." Senyum Eleanor sinis.

Berat keluhan Emran lepaskan.

"I harap you tak buat perangai lepas ni, and don't test my patience."

"Eh, El pulak. Selama ni daddy yang attack El dulu. Sabar El pun ada limitnya daddy. El pun manusia yang ada perasaan macam daddy," balas Eleanor keras.

Mendengus Emran malas mahu meneruskan perbualan. Ada yang melayang pinggan mangkuk nanti.

*****

Berlari anak Eleanor masuk ke dalam hotel dan terus mencari bilik persalinan di mana Aryssa dan Ku Adlee bersiap.

"Assalamualaikum," Eleanor memberi salam dan menjengulkan kepalanya di balik pintu.

"Waalaikumussalam. Lea, masuklah!" pelawa Aryssa.

Tak berkelip mata Aihan memandang Eleanor yang sudah melangkah masuk ke dalam bilik dan terus meluru ke arah Aryssa dan berpelukkan.

Terpegun melihat baju yang dipilihnya kelihatan sangat cantik di tubuh langsing Eleanor. Tambah pula dengan rambut coklat pekat Eleanor yang ditocang sedikit membuatkan wajah gadis itu lebih keanak-anakkan.

'Comel!'

Tersedar dirinya apabila terasa bahu ditepuk kuat oleh abang ipar.

"Usyar anak dara orang?" tegur Ku Adlee Raiz sambil tersengih.

"Erk, usyar sikit je," balas Aihan sambil menggosok belakang tengkuknya.

HAN'S: HIS SHINING LIGHT | C | ✔️Where stories live. Discover now