HANLEA - BAB 57

1.7K 76 0
                                    

Terhenti langkah Eleanor dan Munira apabila melihat dua sosok lelaki yang amat dikenali sedang berpeluk tubuh merenung mereka bagai singa kelaparan menanti untuk ngap mangsanya.

Tertelan air liur Eleanor cuba mencari jalan untuk lari dari suaminya yang sedang merenungnya tajam.

"Moon, saya nak salahkan awak boleh ke? Saya nak cakap awak paksa saya datang sini," bisik Eleanor pada Munira. Berdebar sungguh hatinya ketika itu.

"Awak gila ke? Habis nanti Hafiz marah saya macam mana?" Balas Munira masih berbisik.

"Saya rasa Arif lagi garang dari Hafiz. Untuk kurangkan impak kemarahan dia, better saya guna alasan tu."

Tidak sempat Munira ingin menjawab, laju langkah kaki Eleanor ingin beredar dari situ apabila melihat Aihan sudah datang mendekat.

"Not so fast Eleanor Nadra Emran Nor!" Terasa lengannya dicapai laju oleh Aihan.

'Ah, redha je lah Elea...' Pasrah Eleanor menyerah diri pada suaminya untuk dibebel.

Terdengar suara Hafiz berleter pada Munira yang sedang berdiri sambil mata menekur ke lantai. Nampak comel pula Munira dengan gaya tangan dibawa kebelakang badan, bibir termuncung-muncung sedih dimarah.

"Awak tu dah lah baru je tahu mengandung, lepas tu keluar sorang-sorang. Kalau tiba-tiba awak mabuk pening ke apa, siapa nak tolong? Sejak bila pergi mana-mana tak minta izin abang ni?" Tegas suara Hafiz memarahi Munira. Tersebik-sebik Munira menahan telinganya dibebel suami.

"Kesian Moon kena marah," gumam Eleanor sambil mengetap bibirnya serba salah kerana telah bersetuju untuk menjalankan misi.

"Tak payah risaukan orang. Risaukan diri sendiri tu. Nak kena kau ni eh?" Bercekak pinggang Aihan berdiri rapat dengan Eleanor sehingga tersandar Eleanor di dinding.

Pandangan orang lalu lalang tidak diambil peduli oleh Aihan. Geramnya pada isteri ketika itu melebihi segalanya.

"Awak, saya minta maaf... sa–saya teringin popcorn, sebab tu bila Moon ajak, terus saya setuju nak ikut!" Eleanor memberi alasan yang entah munasabah atau tidak. Dia tidak peduli. Janji dia dapat memberi alasan.

"Teringin popcorn? Boleh je kan pesan dekat aku, nanti aku belikan macam biasa. Tak pun, tunggu aku balik, baru kita pergi beli," mata Aihan mencerlung tajam pada Eleanor.

"Tapi baby awak teringin nak tengok wayang juga," gumam Eleanor menunduk.

"Amboi amboi pandai dia fitnah anak aku," bidas Aihan geram.

"Kalau nak sangat, atleast bagitahu aku Lea. Nasib baik aku tahu ni. Kalau aku tak tahu kau pergi mana, dengan siapa, lepas tu terjadi apa-apa, macam mana aku nak trace kau?" Dijentik dahi Eleanor.

"Aww, sakitlah baby!"

"Dahi kau ni memang layak kena starlight selalu. Biar selalu ingat apa yang aku pesan," ujar Aihan kemudian dicium dahi yang dijentik tadi. Serba salah pula melihat kerutan dahi isterinya menahan pedih.

"Sebagai hukuman, kau kena teman aku tengok cerita yang sama kau tengok tadi. Jom beli tiket," Aihan menarik tangan Eleanor menuju ke kaunter panggung.

HAN'S: HIS SHINING LIGHT | C | ✔️Where stories live. Discover now