HANLEA - BAB 45

1.7K 73 3
                                    

Selesai mereka menyiapkan sarapan, laju langkah Eleanor naik ke bilik untuk mengejutkan suaminya yang lena berselubung dengan comforter.

"Baby Han..." kejut Eleanor lembut.

Diusap rambut Aihan lembut. Terhenti usapannya. Ditekap tangannya pada dahi dan leher Aihan. Panas!

"Awak demam Han..." gumam Eleanor.

Terus dia bangun mengambil mangkuk berisi air dan kain tuala kecil.

Terjaga Aihan apabila terasa dahi dan lehernya ditekap benda sejuk. Mata terasa berat untuk dibuka. Berkerut-kerut dahinya rasa tidak selesa.

"It's okay Han. Awak tidurlah." Eleanor menekap tuala sejuk itu ke badan Aihan pula.

"Sejuk manja..." rengek Aihan sambil menurunkan baju yang diselak isterinya itu.

"Iya, kena lah sejukkan, nanti lagi panas suhu awak. Awak kena makan dulu baru boleh makan ubat."

Aihan menggeleng kepalanya tidak mahu makan.

"Jangan degil Yang Arif. Saya bawakan nasi goreng untuk awak. Ke nak bubur? Ke awak nak saya?"

Aihan mengangguk pada pilihan akhir itu.

"Ish gedik. Saya bawa nasi je tau! Dah makan nasi, awak makan ubat. Baru saya teman awak. Boleh?"

"Okay manja, terima kasih," ucap Aihan sebelum kembali melelapkan matanya. Kepala diurut-urut perlahan. Jarang sangat dia demam, sekali demam terus tak boleh bangun rasanya.


"Hah El, mana Arif? Semua dah nak makan ni," ujar Mak Nah.

"Erm, tak apalah, korang makan lah dulu. El nak ambil nasi sikit dengan air. Panadol ada tak Mak Nah? Arif demam panas pulak."

"Lah, yeke. Sekejap Mak Nah susun dalam dulang. Senang El nak bawa naik atas."

"Demam berendam dalam kolam lah tu. Sendiri cari penyakit," komen Emran yang sedang duduk di meja makan bersama Harlina dan anak-anak tirinya.

"You..." tegur Harlina. Berkerut-kerut dahinya marah akan Emran.

"Kak El, teruk ke demam sir? Eh, abang Arif..." Tanya Umar risau.

"Erm, panas jugak badan dia. Tapi boleh borak lagi. Umar jangan risau," balas Eleanor tersenyum.

"El, suruh Arif mandi, sejukkan badan. Nanti melarat pulak demam tu."

"Okay ma," jawab Eleanor. Dicebik bibirnya pada Emran dari belakang. Geram juga dengan sindiran bapanya tadi.

"Siapa goreng mi ni?" Tanya Emran.

Eleanor yang baru sahaja ingin meninggalkan dapur, terhenti seketika.

"Kenapa?" Soal Harlina kembali.

"Sedap. I suka mi goreng macam ni. You ke masak?" Terus Harlina memandang Eleanor yang berada di belakang Emran.

Bersungguh Eleanor menggeleng kepala.

HAN'S: HIS SHINING LIGHT | C | ✔️Where stories live. Discover now