HANLEA - BAB 23

1.6K 68 0
                                    

Selesai Aihan menunaikan solat Isyak, sejadah dilipat dan disangkutkan pada tempat penyidai. Punggung dilabuhkan ke birai katil lalu mencapai telefon bimbit. Lincah jarinya menaip mesej kepada Eleanor.

- Lea...

Lea
- Han...

- Kau okay?

Lea
- Okay... awak, daddy ada buat apa-apa
dekat awak? Daddy marah awak?

- Jangan risaukan aku Lea. Luka dekat
tangan kau dah sapu ubat? Dah balut?

Lea
- Dah awak... Donna tolong balutkan

- Let me see

Laju Eleanor mengambil gambar dirinya yang sedang bersandar bersama buku rujukan di dada. Tersenyum Eleanor melihat hasil gambarnya yang acah aesthetic itu.

Send!

- Aku nak gambar tangan kau dah berbalut.
Bukan muka kau

Lea
- Hak'alah, untung tau dapat gambar saya!
Awak orang pertama saya bagi gambar
personal tau!

- Aww, really? How lucky I am 🙄

Tergelak besar Eleanor.

'Confirm mamat ni tengah meluat. Lantak lah. Kan saya dah cakap, saya tak kan putus asa nak tambat hati awak Han!'

Tangan mengambil air kosong di meja tepi katil untuk diminum. Buat basah tekak. Dari tadi dia duk menghafal nota-nota dan membuat sedikit revision untuk kertas akhir peperiksaannya lagi dua hari.

Gambar lengan berbalutnya dihantar pada Aihan. Entah apa yang sibuk nak tengok tangan berbalutnya pun tak tahu lah.

- Good. Rehat lah Lea. Tak penat ke?

Lea
- Saya nak study sekejap. Exam paper akhir
nak dekat. Saya okay je ni. Kena tolak
dengan daddy je...

- Fizikal mungkin kau rasa okay. But
your mental is not. Rehat Lea. Esok kau
boleh study lagi

Lea
- Hmm, baiklah Yang Arif. Saya tidur dulu.
Terima kasih jadi knight in shining armor
saya

- Sleep well Lea...

*****

Berpelukan Eleanor dan Aryssa berjalan ke arah kereta mereka yang diparkir di kawasan parkir universiti. Ceria wajah masing-masing setelah selesai menjawab kesemua kertas peperiksaan untuk semester akhir.

Berpenat lelah mereka berjuang membahagi masa bekerja dan belajar di waktu yang sama selama 4 tahun setengah.

Akhirnya sudah sampai ke penghujungnya.

"Babe, nanti jumpa dekat sana. Kau jangan merayap tau. Tunggu aku dekat mana-mana. Karang hilang pulak budak kecik ni," pesan Eleanor.

"Eh hello! Kau ke aku budak kecik?" Aryssa menjuih bibir.

'Tahulah aku lagi pendek dari dia. Aku lagi tua tau! Suka berlagak jadi kakak-kakak. Poyo betul minah ni,' bebel Aryssa dalam hati.

HAN'S: HIS SHINING LIGHT | C | ✔️حيث تعيش القصص. اكتشف الآن