HANLEA - BAB 58

1.7K 91 7
                                    

"El... look at me," pinta Emran perlahan.

"Cakap je. El dengar," jawab Eleanor dan kembali menyambung mencuci pinggan. Diambil gelas kotor yang berada di tangan Emran untuk dicucikan sekali.

"I'm sorry..." tutur Emran perlahan. Hampir tidak kedengaran ungkapan maaf itu.

"I tahu, beribu maaf dah I ucap dekat you tapi kali ni I betul-betul maksudkan apa yang I cakap. I'm really sorry," tambah Emran lagi.

Menoleh dia merenung wajah sisi satu-satunya anak perempuan yang dia ada. Riak kosong wajah anaknya itu betul-betul membuatkan dirinya kesal. Selalunya Eleanor pasti akan membidas segala tuturnya, kali ini anaknya seperti tiada perasaan. Kosong.

Menggeletar tangannya naik mengusap kepala Eleanor lembut.

Tersentak Eleanor. Keras tubuhnya berdiri apabila terasa kepalanya diusap lembut oleh Emran.

"I'm sorry for not being a good father to you..." keluh Emran.

"I asyik buat silap dekat you dan berulang sampai sekarang. Give me a chance El... I akan cuba control baran I towards you lepas ni," pujuk Emran.

"Tak apa daddy... El dah tak kisah. From now on, El akan fokus pada benda yang boleh buat El happy. El akan fokus pada orang yang boleh sayang dan jaga El seikhlas hati. El tak nak sakitkan hati El dengan tagih kasih dari orang yang tak pernah hargai kehadiran El selama ni," jawab Eleanor perlahan.

Hatinya sudah tawar. Ya, dia sudah letih dengan permainan mental yang dilalui sepanjang hidupnya bersama Emran. Bila difikirkan kembali, tidak ada satu memori bahagia pun yang dikongsi bersama bapanya itu.

Hanya memorinya bersama Aihan sahaja tersemat utuh di kepala. Dia sudah berasa cukup dengan anugerah yang Allah beri pada dia iaitu suami yang tidak pernah jemu bahagiakan dia, suami yang tidak pernah jemu bimbing dia melakukan perkara baik, suami yang tidak pernah rendahkan martabat dia, suami yang selalu utamakan dirinya sebelum orang lain.

Terhenti tangan Emran yang sedang mengusap kepala anaknya itu. Tidak sangka jawapan Eleanor itu betul-betul membuat dadanya terasa sesak.

"El, I'm sorry... I janji—"

"Jangan berjanji daddy. El selalu pegang janji daddy and end up you broke the promises," ujar Eleanor memintas percakapan bapanya.

"Tak apa. El maafkan semua perbuatan daddy pada El dari kecil sampai sekarang. El maafkan. El minta maaf juga selama ni El selalu melawan you, memberontak, selalu buat you marah and provoke you. I'm sorry," ucap El lagi.

"You tak salah... you macam tu pun sebab I," keluh Emran.

"And... congrats El. You're going to be a mom. I'm happy for you. I harap you tak kan anggap I akan membenci anak you. Dia cucu I. Tak mungkin I benci dia. I sayang you, and of course I akan sayang dia. I nak you tahu, segala apa perkataan I lontarkan pada you, semua tu I tak bermaksud. Semua tu terkeluar dalam keadaan marah. I tak bermaksud El..."

Eleanor tersenyum pahit.

'Tak bermaksud, tetapi semua kata-kata berbaur benci tu dah melekat di hati El daddy. Tak kan El dapat lupa,' bisik hati Eleanor.

"El janji pada diri El, El tak kan biar anak El rasa apa El rasa selama ni. El tak nak dia rasa sakitnya jadi Eleanor Nadra," senyum Eleanor pada Emran.

Senyuman yang cuba Eleanor ikhlaskan.

Terpejam mata Aihan menahan rasa pilu di hati mendengar bait-bait kata yang ditutur isterinya. Dia sudah tidak fokus akan perbualan di meja makan. Telinganya tajam mendengar perbualan Eleanor bersama Emran.

HAN'S: HIS SHINING LIGHT | C | ✔️Where stories live. Discover now