HANLEA - BAB 33

2K 82 1
                                    

Masuk Eleanor ke dalam bilik tidur mewahnya. Terpana seketika Eleanor tidak berganjak. Menelan air liur melihat suaminya yang hanya bertuala di pinggang sedang mengeringkan rambut di balkoni biliknya.

'Alamak, cekcinya!' Getus hati Eleanor.

Aihan yang ralit mengeringkan rambutnya sambil melihat kolam renang di bawah terasa seperti diperhatikan seseorang. Berpusing dia untuk melihat. Jelas wajah isteri sedang merenungnya tidak berkutik.

"Lea, pergi lah mandi. Nanti kita solat sama-sama," arah Aihan dan berlalu ke arah bagasi kecilnya, mengambil t-shirt putih dan kain pelikat.

"Err, Han, sa-saya..." tergagap-gagap Eleanor malu untuk berterus-terang.

"Kenapa manja?" Berkerut dahi Aihan melihat Eleanor yang seperti serba salah.

"Sa-saya dah la-lama tak solat... tak apa ke awak imamkan saya?" Tanya Eleanor. Bibir bawah diketap segan.

Tersenyum Aihan.

'Ingatkan apa lah tadi.'

"Tak apa manja. Slow slow okay? Nanti kita belajar sikit-sikit. Aku ajar. Nak?" Terangkat kepala Eleanor yang sedari tadi menekur ke lantai malu.

"Nak nak! Awak ajar saya nanti tau! Tapi... awak tak garang kan?" Tanya Eleanor.

"Tak sampai hati aku nak garang dengan muka comel tu," ujar Aihan yang sudah lengkap berpakaian. Nak aja dia cubit pipi Eleanor tapi memikirkan wudhuk sudah diambil, terpaksa menahan diri.

Tersenyum Eleanor lalu mengambil tuala bersih dan berlalu ke bilik air untuk membersihkan diri.

Aihan membentang dua sejadah untuk mereka. Sementara menunggu Eleanor selesai mandi, duduk dia di birai katil. Mata tertancap pada tiga bingkai gambar kecil di atas meja kecil bersebelahan katil.

Gambar Eleanor sewaktu kecil sedang bertinggung memeluk seekor kucing di taman permainan. Di sebelah gambar itu pula kelihatan bingkai gambar Eleanor bersama Aryssa. Seperti di dalam dewan kuliah. Lagi satu gambar diambil Aihan. Gambar mereka berdua di atas pelamin majlis kahwin Aryssa. Gambar yang sama digunakan isterinya untuk jadikan sebagai wallpaper telefon bimbit.

Tersenyum aihan. Tak sangka gadis ini sudah menjadi isterinya yang sah. Tuhan sahaja yang tahu betapa leganya dia apabila akad nikah mereka tadi berjalan dengan lancar. Lega, akhirnya gadis ini akan berada di hadapan matanya setiap masa. Dia nekad untuk menjaga dan menyayangi eleanor selanyaknya dia.

Kedengaran pintu bilik air terbuka. Selamba Eleanor keluar dari bilik air dengan berkemban tuala sahaja melintasi dirinya menuju ke bilik closet. Nak tercekik Aihan dibuatnya. Hampir lupa dia dengan status mereka yang sudah bernikah itu.

'Fuh, semangat.'

Terus dikalih pandangan ke tempat lain. Diletakkan kembali bingkai gambar mereka di tempat asalnya.


Selesai sahaja mereka menunaikan solat, berpusing Aihan menghadap Eleanor yang cantik bertelekung itu. Eleanor mencapai tangan kekar Aihan dan menciumnya lama.

"Terima kasih jadi imam saya!" Ucap Eleanor ceria.

"Sama-sama," balas Aihan lalu mengucup dahi licin Eleanor.

HAN'S: HIS SHINING LIGHT | C | ✔️Where stories live. Discover now