HANLEA - BAB 64

1.6K 78 6
                                    

Laju sahaja Aihan mengemas barang dan menuju ke wad isterinya diikuti Ku Adlee apabila doktor membenarkannya pulang dan merawat luka sendiri sahaja di rumah dan hanya dibekalkan ubat tahan sakit.

Tergeleng kepala Ku Adlee melihat adik iparnya yang degil tidak mahu berkerusi roda.

"Jalan perlahan sikit Han, luka kau baru 3 hari!" Tegur Ku Adlee di belakang mengejar langkah panjang Aihan.

"Aku okay. Tak sakit dah Ad," balas Aihan.

Perlahan pintu wad isterinya dibuka Aihan.

Kelihatan Harlina sedang menyelimutkan Eleanor yang sedang tidur. Bergilir Sofiyah dan Harlina menjaga Eleanor sepanjang Aihan masih di dalam wad.

Tidak berhenti Harlina menangis apabila mengetahui berita tentang Eleanor sampai ke telinganya. Merayu dia pada Emran dan Aihan untuk bergilir bersama Sofiyah menjaga anak tirinya itu.

Harlina memanggung kepalanya melihat gerangan yang baru sahaja masuk ke dalam bilik wad.

"Arif! You dah boleh keluar ke?" Soal Harlina separa berbisik. Tidak mahu menganggu lena Eleanor.

Mengangguk Aihan tersenyum.

Menunduk Harlina sedikit pada Ku Adlee di belakang Aihan tanda hormat.

"Hari ni dia macam mana mama?" Soal Aihan.

Berat keluhan Harlina lepaskan.

"Dia banyak diam Arif... semalam pun umi Arif kata dia banyak diam lepas tahu yang dia keguguran. Puas umi Arif ajak borak. Dia senyum je, angguk-angguk. Tak berbalas. Hari ni pun sama. Mama saja ajak borak, dia senyum je tengok muka mama ni. Mama tanya apa-apa, dia jawab sepatah je. Dia macam dekat dunia lain," jelas Harlina. Kelihatan risau di riak wajah ibu mertuanya itu.

Aihan meraup wajahnya perlahan.

"Tapi dia ada tanya pasal Arif... dia tanya Arif okay? Arif marah tak dia dah gugur?"

Terangkat kepala Aihan. Berkerut dahinya memandang Harlina.

"Ma, tak kan lah saya nak marah? Ya Allah..." perlahan Aihan duduk di kerusi. Dicapai tangan isterinya perlahan.

"Itulah... mama katalah tak mungkin Arif marah. Arif lebih risaukan El... lepas tu dia diam balik... mama tahu, dia cuba pretend to be okay. But she's not," tambah Harlina lagi.

Ku Adlee mengangguk setuju kerana dia juga merasakan hal yang sama.

"Terima kasih ma... jagakan Lea... mama rehatlah. Saya akan duduk sini sampai dia boleh keluar," ujar Aihan.

Mata tidak beralih dari merenung wajah manja kesayangannya.

Keluar sahaja Harlina dari bilik, Ku Adlee menepuk bahu Aihan, memujuk lelaki itu.

"You have to be strong Han... cuba kuat untuk Lea. Tapi kalau kau perlukan bahu to cry on, just use mine," ujar Ku Adlee perlahan.

Mendongak Aihan memandang abang iparnya.

"Thanks Ad... Thanks for everything."


*****


Terjaga Eleanor merenung siling wad yang terasa sepi itu. Hati terasa kosong. Tubuh terasa berat, sakit... tetapi hatinya terasa lebih perit ketika itu. Dia sendiri tidak dapat menafsir rasa apa yang menghuni di hatinya.

Eleanor ingin menggerakkan tangannya tetapi terasa berat. Menoleh dia ke kanan. Jelas raut wajah pucat Aihan melentokkan kepala di birai katil sambil mengenggam jemari halusnya.

HAN'S: HIS SHINING LIGHT | C | ✔️Tahanan ng mga kuwento. Tumuklas ngayon