HANLEA - BAB 15

1.6K 79 1
                                    

Bergegas Aihan menempah Grab untuk balik semula ke hotel. Ingin menyelesaikan urusan dengan pengurus hotel dan mengambil superbikenya sebelum pulang ke rumah untuk mengambil keretanya pula.

Sibuk dia malam itu berulang-alik mengambil motosikal Eleanor di hotel dan membawa pulang ke rumah agam gadis itu.

Terkejut juga Pak Mansur apabila datang seorang jejaka memulangkan motosikal berkuasa tinggi milik Eleanor.

"Encik siapa ya?" Lembut Pak Mansur bertanya.

"Saya Arif Aihan. Kawan Eleanor. Saya nak bagitahu, Eleanor sekarang dimasukkan ke hospital."

"Ya Allah, Cik El kenapa?" Cemas kedengaran suara Pak Mansur.

"Tadi ada perselisihan faham sikit antara dia dengan Tan Sri--" Tidak sempat Aihan ingin menghabiskan ayat, terus disampuk Yahya.

"Cik El kena pukul lagi ke?"

"Dia memang selalu kena pukul dengan ayah dia ke?" soal Aihan dengan dahi berkerutnya. Diam Pak Mansur dan Yahya. Sudah terlajak kata.

"Saya minta maaf Encik Arif, kami pun tak berani nak ceritakan hal ni ke orang luar. Cik El tak bagi kami bagitahu orang," jelas Pak Mansur.

Berat keluhan Aihan lepaskan.

"Tan Sri dah balik ke?"

"Belum balik lagi encik. Nak jumpa dia ke?" soal Pak Mansur.

"Tak, tak... Erm, pasal Eleanor, jangan risau ya. Saya ada temankan dia dekat hospital. Dia dah boleh discaj nanti saya hantarkan dia balik. Boleh ambil nombor saya tak? In case, jadi apa-apa lagi dekat Lea, boleh terus call saya," ujar Aihan.

"Ha, boleh-boleh. Pak Man bagitahu Encik Arif terus kalau ada apa-apa nanti," balas Pak Mansur bersetuju.

"Ni Encik Arif balik naik apa ni?" soal Pak Mansur sejurus selepas mereka bertukar nombor telefon.

"Grab je. Saya nak ke hospital semula. Takut nanti Lea sedar, tak ada siapa dekat sana. Saya gerak dulu ya Pak Man. Terima kasih," Aihan menunduk sedikit sebelum pamit dari pondok pengawal rumah agam Eleanor.

*****

Selesai sahaja Aihan mengambil keretanya di hotel, bergegas dia ke hospital pula. Diintai ke dalam bilik wad melihat Eleanor masih terbaring kaku belum sedarkan diri.

Aihan melabuhkan punggungnya ke kerusi bersebelahan Eleanor.

Telefon bimbit Eleanor yang diberi jururawat tadi ditenung. Terpampang wallpaper gambar mereka berdua di pelamin majlis kakaknya tempoh hari.

Berkerut dahinya memikirkan apa hubungan mereka ini pada Eleanor? Gadis ini ada menyimpan perasaan terhadapnya ke?

Aihan memegang tangan Eleanor dan ditala ibu jari gadis itu pada skrin telefon bimbit.

Unlocked.

Pantas Aihan mencari nombor telefon Tan Sri Emran. Diambil juga beberapa nombor pembantu rumah Eleanor untuk disimpan.

*****

Ting!

Emran membuka notifikasi mesej di telefon bimbitnya. Tertera nama hospital dan nombor bilik wad dimana Eleanor ditempatkan.

Emran meraup wajahnya kesal.

Puas dia memaki hamun dirinya sendiri kerana tidak dapat berfikir secara waras tadi. Tidak dapat menahan sabar. Selama ini, tidak pernah dia meninggi suara atau berkasar dengan Eleanor di hadapan orang luar.

HAN'S: HIS SHINING LIGHT | C | ✔️Where stories live. Discover now