HANLEA - BAB 3

1.8K 68 1
                                    

Tegak seorang guru lelaki berpeluk tubuh di balik pagar sekolah yang sudah tertutup rapat memerhati murid yang baru sahaja sampai.

Terkulat-kulat di luar pagar sekolah tidak dapat masuk kerana sudah lewat. Ada yang beriak takut, ada yang beriak biasa seperti sudah biasa datang lewat ke sekolah, seperti sudah biasa didenda guru lelaki tersebut.

Pagar kecil dibuka bagi memberi ruang seorang demi seorang pelajar masuk ke dalam sekolah dan beratur di belakang pentas di tapak perhimpunan.

"Umar, seminggu berturut-turut dah awak lewat. Nanti jumpa saya dekat bilik guru." arah Aihan tegas.

"Ba-baik Sir Arif," akur pelajar lelaki itu dan menundukkan sedikit kepalanya lalu terus menuju ke arah belakang pentas perhimpunan.

"Berapa student lewat hari ni Arif?" soal Nurin pada Aihan.

"Lima belas orang," jawab ringkas Aihan dan terus bergerak ke tapak perhimpunan dan berdiri di sebelah kawasan di mana pelajar lewat beratur.

Terkedek-kedek Nurin mengekor langkah panjang Aihan dan berdiri di sebelah lelaki itu.

'Wanginya awak Arif...' getus hati Nurin. Rapat dia berdiri di sebelah Aihan sehingga terhidu minyak wangi lelaki tinggi di sebelahnya itu.

"Kenapa berdiri dekat sini?" soal Aihan pelik. Dikerling wanita di sebelah yang cantik berbaju kurung moden dan bertudung bawal.

"Err, Nurin kan bertugas sekali dengan awak hari ni. Awak berdiri, Nurin pun berdiri lah," jawab Nurin.

"Tak payah. Awak pergi duduk dekat kerusi depan sana. Murid-murid lambat ni biar saya uruskan sendiri," balas Aihan perlahan.

"Awak pun duduklah. Tak penat ke berdiri?" soal Nurin.

Panjang keluh Aihan lepaskan sambil matanya menikam tajam ke arah Nurin.

"O-okay okay Nurin duduk sana," balas Nurin tergagap lalu diatur langkah ke arah deretan kerusi yang telah disediakan buat guru-guru.

Nurin melabuhkan punggung ke kerusi dan melepaskan nafas lega.

'Phew, pandangan menyeramkan tapi cukup buat hatinya bergetar.'

"Kena marah dengan Arif ke Nurin?" soal Cikgu Maria yang duduk di sebelah.

"Eh, tak lah kak. Dia suruh Nurin duduk sini," balas Nurin tersenyum.

"Nampak moody je Arif tu. Kenapa?"

"Hari ni paling ramai student datang lambat. And mostly student kelas dia," jawab Nurin dengan nada serba salah.

"Tak payah lah buat muka serba salah tu. Dah memang tugas dia sebagai guru disiplin," perlahan peha Nurin ditepuk-tepuk manja oleh Cikgu Maria.

Kasihan juga dia pada Arif Aihan. Asalnya kelas itu diselia oleh Nurin Aina, tetapi disebabkan Nurin tidak dapat mengendali perangai buas pelajar kelas itu, pengetua mengambil keputusan untuk meminta Arif mengambil alih kelas itu sebagai guru kelas.

Manakala kelas Arif pula diambil alih oleh Nurin.

"Sepatutnya Nurin tolak je keputusan Puan Pengetua minta kitorang tukar kelas. Tak pasal dia kena take over budak-budak tu," ujar Nurin perlahan.

"Ada baiknya Arif take over. Mana tahu budak-budak tu takut dengan dia. Nurin lembut sangat. Mana budak-budak tu tak pijak kepala Nurin," balas Cikgu Maria.

Terjuih sedikit bibir Nurin tidak menjawab.


*****

Termenung si gadis berdiri di sudut lif yang baru bergerak naik untuk ke tingkat 5 di mana terletaknya bilik pejabat gadis itu.

HAN'S: HIS SHINING LIGHT | C | ✔️Where stories live. Discover now