HANLEA - BAB 37

1.9K 84 1
                                    

Bertepuk tangan semua yang hadir di dewan itu gembira kelihatan masing-masing.

"Oh ya, punya lah kita sibuk seminggu ni kan, sampaikan kita tak perasan dan tak tahu dengan status cikgu disiplin kita yang seorang ni. Saya pun baru tahu beberapa hari yang lepas. Tak terlambat lagi kot untuk kita ucapkan selamat pengantin baru buat Sir Arif Aihan dan isteri cantiknya di sebelah. Bagai pinang dibelah dua! Lawa betul isteri awak Arif!" ucap Hajjah Noorah mesra.

Sibuk semua guru menepuk-nepuk bahu Aihan mengucapkan tahniah. Tersipu-sipu Eleanor apabila semua guru perempuan sibuk bersalam dengannya dan mengucapkan tahniah. Tidak sedar dia akan sepasang mata tajam merenungnya tidak puas hati.


Ralit Eleanor berbual santai bersama Munira, tiba-tiba tersedar Aihan sudah meletakkan makanan di hadapannya. Sekali desserts semua suaminya sudah ambilkan.

"Aik, masa bila awak pergi ambil makanan? Kenapa tak cakap dengan saya? Saya boleh tolong sekali," muncung bibir Eleanor. Duduk Aihan di kerusi tersenyum.

"Sedap betul kau berborak tu, malas kacau. Aku ambil pasta untuk kita. Kau mesti nak kongsi kan?" Tanya Aihan.

"Eii, awak dah faham saya!" Tersengih-sengih Eleanor. Sempat matanya perasan ketiadaan air buat mereka.

"Eh, air tak ada. Biar saya ambilkan."

"Eh, aku lupa. Tak apa, kau duduk, aku ambilkan." Aihan menahan tubuh Eleanor dari bangun.

Seboleh-boleh dia mahu Eleanor duduk sahaja. Karang ada je mata lelaki melekat pada isterinya itu.

"Lea nak air ke? Nurin pun nak ambil air. Jom ambil sama-sama," pelawa Nurin tersenyum.

"Ha, biar saya ambilkan kita air. Awak duduk tau. Saya pergi dengan Nurin." Bingkas Eleanor bangun dari duduk dan mengekor langkah Nurin menuju ke kaunter air.

Sempat Nurin merapati Eleanor. Atas bawah dia merenung Eleanor yang cantik bergaun hitam polos separas betis putih wanita itu. Rambut mengurai cantik dihiasi twilly.

Sebal betul rasa hati membayangkan wanita ini sudah menjadi isteri kepada lelaki pujaannya. Nurin merapati Eleanor yang sedang menadah air oren ke dalam cawan.

"Lea betul-betul ke isteri Arif?" Soal Nurin lembut.

Terangkat kening Eleanor. Baru dia teringat akan kata-kata Munira pada dia awal tadi. Wanita inilah yang paling suka akan suaminya di sekolah. Senyum Eleanor.

"Kenapa tak betul pulak?" Soal Eleanor kembali.

"Pelik sebab dia bahasakan diri dia aku kau dengan Lea. Macam kasar. Macam dengan kawan-kawan lelaki dia je. Dengan Nurin, tak pernah dia bahasakan diri macam tu. Dari kitorang bercinta dulu sampai sekarang dia bahasakan diri saya awak dengan saya. Tak berubah pun," jawab Nurin sengaja. Tetapi wajah masih kekal dimaniskan bak bidadari tersepit pintu.

Terdiam Eleanor seketika.

'Diorang ni pernah bercinta ke? Han tak bagitahu pun! Siap dia,' marah Eleanor dalam hati.

"Oh, kitorang memang dah biasa macam ni. Tak kisah lah panggilan macam mana pun, yang penting saya tahu dia sayang saya. Kalau tak, buat apa dia pinang saya kan Nurin?" Bidas Eleanor. Puas dia maniskan wajah di hadapan gadis itu.

HAN'S: HIS SHINING LIGHT | C | ✔️Where stories live. Discover now