"Sampai bila awak boleh bahagia dengan saya Han? Saya takut awak berubah... kalau saya tak dapat bagi baby dekat awak, sampai bila awak boleh stay dengan saya?" Soal Eleanor tersedu-sedu.
Terbatuk-batuk dia akibat nafas tersekat sedari tadi. Berkerut dahi Aihan. Ditepuk-tepuk lembut belakang isterinya.
"Apa yang buat kau fikir benda ni tiba-tiba? Pagi tadi okay je? Apa yang dah triggered kau ni?"
Diam Eleanor tidak menjawab.
"Lea, communicate please. Jangan simpan sorang. Apa-apa pasal aku, pasal kita, pasal kau, semua kena cerita," pujuk Aihan lagi.
"Awak rasa, awak boleh setia dengan saya ke Han?" Tanya Eleanor perlahan.
Lama Aihan merenung ke dalam mata hazel isterinya.
"Aku tak reti bahagi kasih aku Lea. Aku tak pandai multitasking. Aku sayang sorang, sorang tu je aku hadap sampai bila-bila. Tolong jangan tanya soalan macam tu lagi manja. Jawapan aku tetap sama."
Diam Eleanor masih tersedu-sedu merenung wajah suaminya. Diusap pipi Aihan lembut.
"Saya sayang awak sangat. Saya tak pernah sayang orang sampai macam ni... saya takut Han... saya takut one day awak tinggalkan saya..." Menggigil-gigil Eleanor menekup wajahnya bagi melepaskan tangis.
"Shh... shh... kau salah orang ni Lea... aku sendiri pun tak boleh jauh dengan kau, macam mana aku nak ada keberanian untuk tinggalkan kau," pujuk Aihan.
Dipegang kedua belah pipi Eleanor. Merenung seluruh wajah kesayangannya itu.
"I love you Lea... I really do. Pasal anak tu, it's okay manja... kita ambil masa, chill, enjoy our marriage. No need to rush. Ada rezeki ada lah manja, jangan risaukan aku... yang penting aku nak kau sihat and happy hidup dengan aku. Jangan susahkan hati dengan benda yang bukan dalam kawalan kita," pujuk Aihan.
Diusap pipi Eleanor lembut lalu melabuhkan ciuman lama di hujung mata isterinya itu.
"Love you too Han..." tersedu-sedu dia memeluk Aihan erat.
"Makan ubat, lepas tu tidur. Boleh?" Eleanor mengangguk.
Selesai Eleanor menelan ubatnya, Aihan berbaring di sebelah Eleanor untuk cuba tidurkan isterinya. Kuat genggaman Eleanor pada tangannya seperti tidak mahu melepaskan. Wajah lena Eleanor ditenung Aihan.
'Siapa yang buat kau ni sayang,' keluh Aihan di dalam hati. Puas dia berfikir apa yang dah buat isterinya risau begitu sekali.
'Nurin ke?' Fikir Aihan.
Terdengar getaran telefon bimbit Aihan di atas meja sisi katil mereka.
"Hello Ad, dah sampai ke?" Aihan menyambut panggilan dari abang iparnya.
Perlahan dia melepaskan tangan dari genggaman isterinya. Selimut ditarik ke dada Eleanor dan berjalan keluar dari bilik tidur.
"Depan rumah dah ni. Anak kau tak sabar nak masuk. Cepat sikit," balas Ku Adlee dari hujung talian.
"Kejap kejap," terus Aihan mematikan panggilan. Dicapai t-shirt hitam lalu menyarungnya sambil menuju ke pintu utama rumah.
"Assalamualaikum daddy Han!" Teruja suara Aryssa memberi salam apabila pintu terkuak dari dalam rumah.
"Waalaikumussalam. Masuk lah. Ad jangan bawak dia dekat dengan aku!" Aihan terus berundur sehingga tersandar dia ke dinding memerhati binatang berbulu di dalam pet carrier yang dibawa Ku Adlee.
YOU ARE READING
HAN'S: HIS SHINING LIGHT | C | ✔️
Romance2nd HIS Series Arif Aihan x Eleanor Nadra *Kindly read Lee's: His Saviour dulu untuk lebih faham dan feel 😘 Eleanor Nadra seorang gadis ceria dan nakal di luaran tetapi hidup penuh luka dan duka. Dikongkong oleh bapanya tanpa sebab munasabah. Dibia...
HANLEA - BAB 47
Start from the beginning