Sayap Yang Tak Dilihat

81 13 1
                                    

Engkau punya sayap,
Jika ditebar sayapmu,
Malaikat pun terteduh dibawahnya,
Dek kerana kebesarannya,
Manusia itu sesempurna kejadian.

Maka terbanglah,
Jadilah cenderawasih,
Yang terbang di awangan,
Menyaksikan serata alam.
Tiada yang dapat mengugut
Menggugat keindahan sayapnya.

Usah menjadi kasawari
Yang punya sayap,
Tapi tidak mahu
Untuk sesekali terbang.

Lenteng Dan Kopi ( TAMAT ) Where stories live. Discover now