1 | Yang ke-999

18.5K 968 211
                                    

"Satu nyawa, Rm10 000?" Senyuman sinis dilempar

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.


"Satu nyawa, Rm10 000?" Senyuman sinis dilempar.

Butang blazer dibuka, lalu punggung dilabuhkan di atas sofa berjenama itu.

"Aku tak terima tawaran membunuh yang biasa-biasa."

Cermin mata hitam dibuka, jelas matanya yang berwarna itu menampakkan lagi wajah kacukan yang dimiliki.

"Kalau macam tu berapa bayaran kau nak?" Soal lelaki tua dihadapannya.

"RM100k." Balasnya bersahaja, air yang berisi minuman keras diambil lalu diteguk rakus.

Dosa? Entah wujud entah tidak, dia seorang manusia yang tiada pegangan agama, apa dia nak dia dapatkan.

Lebih lagi kerakusan dirinya terhadap manusia.

"Kau gila ke?!" Terjerit lelaki tua apabila mendengar bayaran yang diminta.

"Terpulang, aku tak rugi. Banyak lagi pelanggan yang nak kan  khidmat aku." Balasnya mendatar.

Punggung diangkat dari kerusi mewah, blazer dibutang kembali, kaca mata hitam turut dipakai semula.

Lagaknya sangat misteri, sangat berkarisma, dan auranya yang menarik perhatian para wanita, bahkan sesiapa sahaja yang memandangnya.

Dia Wais Ayden.

***

"Kau ni bodohla Ayden, kau tahu tak RM10 000 pun dah cukup banyak tau?!" Marah Farhad.

"Kau bising-bising kenapa? Kalau kau hamak sangat nak kepala tu ambiklah. Aku ada banyak lgi kerja dengan Affendi." Dengus Ayden.

"Masalah sekarang ni, diorang nak kau yang buat kerja tu bukan aku. Diorang nak tangan kau, bukan tangan aku. Kau bole.." Kata-kata Farhad dipotong.

"Pergi mampos." Terus dirinya keluar dari rumah mewah milik mereka, muak dengar Farhad membebel.

Rokok dikeluarkan lalu dibakar hujung putung tersebut,

Tarik,

Hembus.

Hati ini tidak pernah tenang, walau sudah 29tahun dirinya hidup, hati ini ada yang memanggil, menyuruhnya menyembah. Tapi siapa?

Farhad biarpun seorang pembunuh sepertinya, lelaki itu rajin juga solat dan mengaji. Farhad pernah pesan, biar lah dosanya banyak asalkan dia masih punya agama.

Tidak bagi Ayden, kerana hidup ini adalah miliknya sendiri. Tangan menyeluk masuk ke dalam poket seluar, lalu telifon bimbit canggih dicapai.

Affendi
- Cepat bersiap, malam ni kau ada kerja, bayaran RM200k cash.

Putung rokok pantas dibuang dan dipijak sebelum dirinya kembali masuk ke dalam rumah mewah itu.

***

"Ini lelaki yang kau harus bawa balik kepala dia."

Thriller : Wais Ayden ✓Where stories live. Discover now