46 | Kehadiran Marleeq

6.4K 572 59
                                    

Tubuh adiknya diangkat

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.


Tubuh adiknya diangkat. Lariannya laju menuju ke jalan besar. Sebaik sahaja tubuh Marwah diletakkan di dalam kereta.

Kereta itu dipandu laju. Rasa risau melebihi segalanya. Sebaik sahaja tiba di hospital besar Thailand, tubuh Marwah dibawa ke unit kecemasan.

"Adik saya!"

Wajah adiknya berubah pucat. Pasti Marwah kehilangan darah yang banyak.

Sebaik sahaja kelibat Marwah hilang ke dalam unit kecemasan, Marleeq melepaskan nafas lega. Tubuh disandar ke dinding.

Darah yang memenuhi tangan dan baju tidak dihirau. Tidak lama kemudian doktor wanita keluar dari unit kecemasan.

"Penjaga Marwah?"

"Abangnya." Doktor tersebut mengangguk.

"Dua butir peluru berjaya kami keluarkan tetapi keadaan pesakit masih lagi kritikal. Darah pesakit juga berkurang, tapi tidak apa. Pihak hospital masih mempunyai bekalan darah jenis O."

"Pihak kami akan pindahkan pesakit ke wad..."

"Vip." Pantas Marleeq memotong.

"Baiklah."

Mujur dia sempat. Sekali lagi nafas dihembus lega. Marwah segalanya, tanpa Marwah kekuatannya bakal hilang.

Bilik air dituju, segala darah yang melekat di tangan dan baju dicuci. Rambut diraup ke belakang. Sempat mukanya dibilas beberapa kali.

"Abang tak akan biarkan kau mati Marwah sebelum semuanya selesai." Bicara Marleeq sendiri sebelum cermin yang memantulkan wajahnya, dipandang.

"Kerana kau kekuatan aku Marwah."

***

Ayden hanya diam sejak kejadian berdarah pada tempoh hari. Kini mereka berada di Terengganu. Lokasi di Thailand sudah dijejaki.

Tak lain tak bukan, si penembak pasti ahli OH. Bunyi kerusi ditarik membuatkan Ayden tersentak. Sepinggan nasi lemak juga teh tarik terhidang di depannya.

"Makanlah, isi perut kau. Perjalanan kita jauh lagi."

Melihat Ayden masih kaku diam membuatkan Farhad menghembus nafas lemah. Dia tahu sahabatnya cintakan Marwah, malah kehilangan Marwah dengan keadaan berdarah begitu sangat merisaukan Ayden.

"Aku janji, kita akan cari Marwah." Farhad cuba memujuk.

"Tapi kau kena redha, setiap yang hidup pasti akan merasai mat..."

"Marwah belum mati." Tajam mata Ayden memandang Farhad.

Farhad tidak gentar membalas kembali mata tajam Ayden.

"Aku tak kata dia dah mati, aku cuma tak nak kau terlalu berharap. Aku tak nak kau kecewa." Perlahan nada Farhad.

Zara hanya menguis nasi lemak sambil mendengar pergaduhan antara suaminya dan Ayden. Sehingga hari ini dia menyalahkan diri sendiri.

Thriller : Wais Ayden ✓Where stories live. Discover now