5 | Red Is Back

8.3K 656 64
                                    

Cawan digenggam kuat, mujur gelas plastik jika kaca sudah lama pecah

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.


Cawan digenggam kuat, mujur gelas plastik jika kaca sudah lama pecah. Air diteguk rakus, rakus dan ganas.

Halkum yang bergerak, diikuti air yang mengalir kerana kerakusannya. Rambut yang sangat messy dikuak ke belakang.

"Aku akan jatuhkan OH, dan aku akan dapatkan balik keluarga aku."

Punch bag ditumbuk.

Buk!

Buk!

Buk!

Aku akan jatuhkan OH!

Buk!

Buk!

Demi keluarga aku!

***

"Red.."

Marwah menghentikan langkahnya, tubuh dipusing mengadap gerangan yang memanggilnya.

"Ouh, Kapten."

Kapten Hanif menapak ke arahnya, kening Marwah terangkat. Kenapa pula lah boss berperangai pelik macam ni?

Ouh atau aku perlu panggil bekas boss?

"Sistem banyak yang sudah dicerobohi, kerja balik dengan aku Red."

Kapten Hanif merayu? Kelakar. Sangat kelakar. Marwah memandang Kapten Hanif dihadapannya lalu senyuman diberi.

"Buka balik kes kematian tunang saya." Jawapan yang keluar dari mulut Marwah, membuatkan Kapten Hanif tersentap.

"Tapi Red, kes itu memang dah tak ada apa yang kita boleh buat, aku dengan team dah cuba cari seluruh Malaysia. Tetap tak ada."

Memang langgar lari itu dikira tak sengaja pada mata mereka, tetapi tidak Marwah. Otaknya tidak seperti orang lain yang memikirkan si pembunuh itu tak sengaja, dan takut lalu hilangkan diri.

Bagi Marwah, si pembunuh itu bijak, licik, dan tangkas. Dalam masa 24jam kereta honda berwarna hitam itu tidak langsung muncul dimana-mana cctv di highway.

Berarti pembunuh itu sudah mengenal pasti jalan yang dilalui, juga tempat kejadian. Tiada cctv, tiada bukti dan si pembunuh terlepas begitu sahaja.

"Kalau Kapten tak nak buka balik kes tu. Dalam mimpi je lah saya nak bekerja kembali." Marwah mengangkat bahu dan terus meninggalkan Kapten Hanif yang terpinga-pinga.

Tap!

Tap!

Jalannya, dia tahu Kapten Hanif pasti akan..

"Tunggu!"

Marwah berhenti berjalan, bibirnya mengoyakkan senyuman sinis.

Red is back.

***

"Tiada yang kekal di dunia ini, nyawa yang kita ada ini sekadar pinjaman dari Allah SWT, sehebat mana kita di dunia, sekaya mana pun kita,

Thriller : Wais Ayden ✓Where stories live. Discover now