11 | Hazril

6.3K 602 195
                                    

Lelaki yang tidak habis habis menumbuk punch bag itu dipandang lama

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.


Lelaki yang tidak habis habis menumbuk punch bag itu dipandang lama.

"Farhad."

Tumbukan itu terhenti.

"Kau rasa betul apa yang kita buat?" Zara memandang Farhad.

Tak lama selepas itu pinggangnya diraih oleh Farhad, dahi mereka bertemu.

"Percayakan aku isteri." Mata Farhad tajam memandang Zara.

Tangan Zara naik mengusap pipi suaminya, perkahwinan yang disorok demi misi, misi rahsia mereka.

"Aku nak kau jaga diri sewaktu berada di sana. Aku tahu isteri aku ni perfect dalam lakonan."

Zara hanya mengangguk dan tersenyum.

Mereka lakukan ini demi keluarga, demi maruah negara, dan hanya mereka yang mengerti.

"Wife sayang husband." Tubuh tegap suaminya dipeluk.

Farhad hanya senyum membalas, semoga misi ini adalah misi bahaya mereka yang terakhir.

Demi keluarga, demi bangsa dan negara.

***

"Bagus, teruskan. Lapor apa sahaja pada aku." Malik menekan butang merah pada telefonnya.

"Abah, ibu panggil."

Malik pantas menyimpan telefon di dalam poket bajunya. Senyuman diberikan kepada Marwah.

Marwah harapannya.

Meja makan dihampiri, seperti biasa Wais sudah berada di meja makan. Anak muda itu akan diajaknya setiap hari untuk makan bersama.

Alhamdulillah, semakin lama Wais semakin mendalami ilmu agama, banyak yang semakin baik, bacaan Al-quran semakin lancar.

"Isteri saya masak mi goreng lah.." Bahu Arwa diusap.

Tanda sayang dan terima kasih.

"Eee, dah tua pun nak manja-manja ke?" Arwa menolak suaminya jauh sedikit.

Malu, ada Wais.

Selesai mencedokkan mi goreng ke dalam pinggan, mereka semua membaca doa makan dan diketuai oleh Wais, lalu makanan di santap tanpa bicara.

Mata Ayden ligat memandang disetiap pelusuk rumah milik Malik, dimana cip itu? Sebulan masa diberi oleh Tuan ran.

"Sedap Wais?" Soal Arwa.

Ibu jari diangkat tanda sedap, ikhlas dari hati ia memang sedap.

"Dah nak dekat sebulan kamu di sini Wais, bacaan kamu semakin betul, solat kamu pun dijaga rapi, tak mahu pulang ke kota?" Soal Ustaz Malik tiba-tiba.

Ayden hanya tersenyum dan menggeleng. Selagi aku tak dapat cip tu, memang tak lah aku nak balik orang tua, bisik hatinya.

"Kamu kerja apa sebenarnya?" Soal Puan Arwa tiba-tiba.

Thriller : Wais Ayden ✓Where stories live. Discover now