53 | Perjuangan

6.9K 653 113
                                    

Bang! Bang!

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

Bang! Bang!

Bunyi tembakan dari belakang membuatkan Marleeq melajukan lagi jet ski yang ditunggang bersama Xen. Mata memandang Affendi, jari ditunjuk ke arah kiri.

Mendapat anggukan dari Affendi, jet ski mereka berubah haluan. Satu ke kiri dan satu ke kanan. Sempat Marleeq memusing belakang memandang kelibat Ayden.

Menyusahkan!

"Jangan nak larilah pengecut!" Jerit Farhad, padahal tiada siapa yang dengar. Buat sakit anak tekak.

"Zara, kiri atau kanan?!" Soal Ayden kepada Zara dengan nada tinggi, cuba melawan bunyi jet ski yang kuat.

"Marleeq ambil kanan."

Mendengar jawapan Zara di telinganya, pantas Ayden membelokkan jet ski ke arah kanan. Apa pun yang terjadi, dia akan dapatkan Marleeq juga.

"Had, kau bawakkan barang yang aku suruh tu?!"

"Bawak!" Farhad pantas membuka beg, lalu flyboard dikeluarkan dari beg.

"Kau bawa jet ski ni!"

Kini mereka bertukar tempat. Farhad memandu dan Ayden di belakang. Farhad fokus mengejar Marleeq dihadapan. Sedar-sedar sahaja Ayden sudah tiada di belakangnya.

"Ayden! Jatuh ke bodoh?!" Kepala dipusing ke belakang.

"Jangan berhenti kejar Marleeq." Arahan Zara di earbud membuatkan Farhad kembali fokus.

Tidak lama kemudian muncul Ayden yang terbang diudara bersama dua pucuk pistol.

Tidak lama kemudian muncul Ayden yang terbang diudara bersama dua pucuk pistol

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

"Farhad kawal elok-elok!" Jerit Ayden. Pistol diasarkan ke arah jet ski Marleeq. Nak lari mana Marleeq?

"Ye lah bodoh!"

Bang! Bang!

Tembakan mula dilepaskan. Kelajuan dan ketangkasan Marleeq membuatkan sasaran Ayden tersasar. Acap kali peluru milik Ayden dielak oleh Marleeq.

Thriller : Wais Ayden ✓Where stories live. Discover now