17 | Majlis

6K 603 11
                                    

"Malam ni ada doa selamat dekat rumah Pak Man, anak dia baru bersalin

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

"Malam ni ada doa selamat dekat rumah Pak Man, anak dia baru bersalin. Kita pergi sama-sama eh?" Soal Ustaz Malik kepada anak, isterinya dan juga Wais.

"Kalau saya tak pergi?" Soal Ayden semula.

Marwah hanya memandang sekilas lelaki itu yang sedang makan, kata penternak tapi entah kenapa tak nampak macam penternak pun. Lelaki itu seolah tidak sibuk langsung? Hairan.

Siapa Wais ni?

"Tak bolehlah macam tu, dia orang minta kamu ketuai bacaan doa, kamu kan dah pandai."

"Tapi Ustaz, saya.. " Kata-kata Ayden dipotong oleh Ustaz Malik.

"Dah, makan. Kejap lagi nak solat Maghrib, karang terlepas pula."

Ayden mengeluh, dalam masa yang sama harus akur. Harini sudah Ramadhan ke 15, bagaimana dengan cip itu? Melihat Zara dan Xen yang sudah hadir membantu, membuktikan misi ni bakal berakhir.

Tapi sanggupkah dia membunuh Puan Arwa dan Ustaz Malik yang sentiasa menjaga makan minumnya?

"Kau fikir apa ni Ayden?" Bisik suara itu.

"Lupakan misi, pulang pada agama kau. Hidup kau lebih bahagia di sini." Terus menerus suara itu membisik di telinganya.

"Saya ke dapur dulu." Terus pinggan yang berisi sedikit nasi itu dibawa kedapur.

Tak betah berlawan perasaan dihadapan mereka, dadanya dipegang. Rasa ragu-ragu cuba diabaikan namun semakin dirinya ingin melupakan, semakin kuat perasaan itu menghantuinya.

"Wais, kelak Wais besar Wais harus jadi hebat tau?" Yasmeen mengusap lembut rambut Wais

"Hebat? Hebat macam ayah?" Teruja Wais sambil memandang ayahnya yang sedang berteleku diatas sejadah.

"Lebih hebat dari ayah, Wais kene sentiasa solat dan mengaji. Mari ibu tanya, kenapa kita kena solat dan mengaji?"

"Supaya kita jadi hebat!"

"Apa yang hebat tu?" Celah Yasir menghampiri Yasmeen dan Wais.

"Betulkan ayah, kalau kita solat dan mengaji, kita akan jadi hebat?"

Yasir tersenyum, rambut anaknya diusap.

"Lebih dari hebat Wais."

Tap!

Terkejut dirinya tatkala Marwah meletak pinggan kuat, tajam mata Marwah memandangnya sebelum jelingan diberikan.

"Saya hairan, awak kata awak ni penternak tapi tak nampak macam sibuk pun. Ke awak ni tipu abah dan ibu sahaja?" Soal Marwah tanpa dalih.

Ayden tersenyum, selagi wanita itu tidak mendapatkan jawapan, selagi itu lah Marwah akan soalnya.

"Suatu hari nanti, kau akan tahu siapa aku Marwah." Terus Ayden membawa diri keluar dari dapur dan mengikuti langkah Ustaz Malik ke masjid.

***

"Inilah Wais ya?" Soal Pak Man kepada Ustaz Malik.

"Ya, inilah orangnya. Dah boleh mulakan ke? Tak elok pula lambatkan." Soalan Ustaz Malik membuatkan Pak Man pantas mengangguk.

Mereka mula mengambil posisi. Marwah dan Puan Arwa berlalu ke tempat wanita berkumpul, di situ terdapat anak Pak Man yang masih berpantang dan elok bertutup litup auratnya. Bayi yang sedang dibedung, masih lena dibuai mimpi. Teruja Marwah melihat bayi itu tidur sambil tersenyum.

"Siti, nama baby apa?" Soal Marwah ingin tahu. Terujanya lain macam.

"Anas Qaiyum." Jawab Siti sambil tersenyum.

"Comelnya Qaiyum..." Marwah mengusap lembut pipi gemuk bayi itu, comel sangat.

Ayden yang melihat situasi itu turut tersenyum. Dalam kasar Marwah, masih ada kelembutan. Seketika dia mula fokus membaca apabila pinggangnya dicuit Ustaz Malik. Nasib tak melatah.

Selesai sahaja membacakan doa selamat. Mereka dijamu beberapa hidangan oleh Pak Man sekeluarga. Marwah mengambil sepinggan bihun goreng dan seketul ayam goreng juga secawan air sirap.

Sama juga dengan Ayden, cuma bezanya lelaki itu mengambil kuih-muih. Gemar betul Ayden ni makan kuih ya. Sengaja dia duduk berdekatan Marwah, baju mereka sudahlah sedondon.

"Marwah dengan Wais ada apa-apa ke?" Soal Qalis, suami Siti.

"Eh tak adalah. Muka pun macam bangla jual karpet, tak berkenan aku Qalis." Garphu dipusing-pusing, lalu bihun yang tergulung disua ke dalam mulut.

"Mengata aku bangla, muka sendiri macam hantu." Ayden berdehem lalu menghirup air sambil mata melilau ke arah lain.

Berdecit geram Marwah. Siti dan Qalis pula tergelak melihat telatah Marwah dan Ayden.

"Berapa kg beranakkan Qaiyum ni, Siti?" Tembam sangat! Geram nak picit-picit. Lagi-lagi pipi bulat itu.

"3.5kg. Sihat sangat doktor kata, tak cukup nafas kita nak menerannya keluar. Mujur semua selamat dengan baik."

Tercengang Ayden mendengar. Gemuknya! Marwah hanya tergelak, betul-betul sihat ni. Lena betul Qaiyum itu tidur, sampaikan suasana kecoh ini pun dia tak ambil peduli.

"Jadi, apa perasaan jadi ayah?" Soal Ayden tiba-tiba. Sepanjang hidupnya, tak pernah sekali pun dia berfikir tentang keluarga.

Tidak seperti lelaki di luar sana, yang mencari cinta, lalu bercinta, menikah, mempunyai anak-anak dan bahagia. Di fikirannya, hanyalah membunuh, wang yang banyak, hilang dari masalah.

"Seronok Wais! Masa kau dapat tengok muka anak sendiri tu, seolah semua masalah dalam dunia ni hilang. Kita boleh bau syurga, boleh cium anak sendiri. Perasaan tu tak terucap, sebab ianya satu moment yang sangat berharga."

Ayden tersenyum mendengar penjelasan Qalis. Anak? Dia ada anak? Pasti malang anak itu, berayahkan seorang pembunuh. Lebih malang lagi bakal isterinya, bersuamikan pembunuh yang kejam.

"Kalau kau nak rasa perasaan tu, kahwinlah Wais. Itu Marwah masih single, cucuklah jarum." Qalis menolak sedikit bahu Ayden.

Marwah yang leka berbual bersama Siti terhenti apabila namanya disebut. Terus pandangan muak diberi kepada Qalis, tanda tidak suka.

"Kahwin dengan laki ni? Boleh patah dua bumi ni." Jawapan Marwah membuatkan Siti dan Qalis tergelak.

"Memanglah patah, dah kau jalan je boleh buat rumah bergegar. Belum kau lari." Kutuk Ayden tanpa selindung.

Berdecit geram Marwah memandang Ayden, mahu sahaja garphu dicucuk-cucuk ke muka Ayden.

Thriller : Wais Ayden ✓Where stories live. Discover now