12 | Keliru

6.2K 580 76
                                    

Pap!

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

Pap!

Rotan yang dipegang oleh Ustaz Malik memukul tangannya. Serik, lepasni dia takkan main-main lagi.

"Ustaz suruh kamu mengaji Wais, yang kamu pergi main game kenapa?" Mata dibesarkan.

Geram betul dengan sikap Wais yang sambil lewa, mahu atau tak dia perlu tegas. Kalau Wais salah, memang dia akan rotan.

"Sorry.." Ayden mengeluh.

Sungguh sial, kantoi pulak!

"Kenapa kamu nak belajar agama Wais?" Soal Ustaz Malik dengan wajah serius.

Ayden hanya memandang wajah Malik dihadapannya, dia tidak memberi sebarang jawapan. Aku nak cip kau Malik, aku hanya nak itu.

"Jawab Ustaz, Wais."

Ayden memandang rotan di tangan Malik, kalau salah jawab mampos aku kene rotan lagi.

Masa kau bunuh orang, tak takut pulak? Erm..

"Wais?"

"Sebab saya nak kahwin." Spontan jawabnya.

Dapat dilihat wajah Ustaz Malik berkerut sedikit, bodoh Ayden. Bodoh! Takde alasan lain ke kau nak bagi?

"Kahwin? Jadi kamu belajar sebab nak kahwin jelah?"

"Ta..tak Ustaz, saya nak kahwin macam mana kalau saya tak ada agama."

"Tak ada agama?"

Alahai Ayden, bodoh kau memang betul-betul bodoh. Kutuknya terhadap diri sendiri.

"Maksud saya, takde pegangan agama. Macam mana saya nak bimbing isteri saya kalau saya pun kelaut?"

Nafas lega akhirnya dapat dihembus pabila melihat Ustaz Malik mengangguk faham dengan apa yang disampaikan.

***

Tak sangka appointment bersama Fara tidak lama, jam baru menunjukkan pukul 4.15 petang, suasana di luar hospital diperhati.

Ada yang sedang menangis, mungkin kehilangan keluarga. Ada yang bahagia, mungkin baru sahaja keluar dari hospital dan pelbagai ragam manusia diperhati.

Dia juga mahu hidup normal, hidup bahagia tanpa bahaya. Mempunyai suami dan anak-anak, dia tak minta dilahir untuk bekerja sebagai penggodam.

Thriller : Wais Ayden ✓Where stories live. Discover now