23 | Gagal

5.5K 559 0
                                    


Zeera memandang Hilman, lubang yang dimasuki rupanya bertemu jalan  mati. Punya penat dia dan Hilman di dalam lubang bawah tanah ni, ini pula yang mereka dapat.

"Red, bawah jalan mati."

"Keluar balik, tu bukan lubang bawah tanah haritu. Mereka dah tukar tempat persembunyian bawah tanah."

Hilman menggaru leher, peluh tak usah dikata. Habis rambutnya basah, begitu juga Zeera yang berpeluh. Tangan masih memegang lampudan menyuluh sekeliling lubang bawah tanah itu.

"Red cakap memang jalan mati. Mereka dah tukar tempat persembunyian ni." Beritahu Zeera kepada Hilman.

Terdengar keluhan berat dari mulut Hilman, berani-beraninya OH main-mainkan pihak polis? Tangan menghentak dinding tanah itu, sakit pula hati dia. Zeera hanya memerhati.

"Habis macam mana ni?" Soal Hilman.

"Keluar jelah jawabnya." Jawab Zeera sambil menggalas semula beg hitamnya.

Hilman hanya mengangguk dan terus mereka berpatah balik semula. Baru sahaja beberapa langkap terdengar letupan kuat.

Bom!

Bom!

Bom!

Hilman berhenti lalu memandang Zeera, begitu juga Zeera sebelum mereka terus berlari keluar dari lubang bawah tanah. Jelas ledakan ini berlaku dari dalam gudang.

"Cepat Zeera!" Jerit Hilman tatkala lubang bawah tanah itu sudah mula berbau hangit dan dipenuhi asap, ini menandakan ledakan aras bawah tanah sudah terjadi.

***

Hanif melihat sekeliling, hampir 50% ahli OH sudah tumpas dan semuanya sudah digari. Sebaik sahaja sampai di tingkat atas, jelas ini pejabat OH namun tiada seorang pun di dalam.

"Mana mereka Jean?" Soal Aiman yang baru muncul dari aras dua.

"Mereka terlepas Kapten." Jawab Jean, kepala ditundukkan ke bawah, tidak berani menentang Kaptennya.

Jelas terlihat wajah Aiman dan Hanif berubah, kenapa OH begitu licik? Suasana di aras tiga sunyi, hanya dingin.

Hanif memandang satu-satu wajah yang di gari aras tiga. Ada wanita juga lelaki, lihat sahaja wajah mereka Hanif sudah tahu pasti ini hanya ahli biasa.

Bum!

Pintu dipukul kuat oleh Hanif, sampai bila mereka harus memburu OH ini? Wajah diraup kasar, amarahnya membuak-buak. Rencana sudah diatur dengan cantik, malah perfect tapi tetap sahaja mereka gagal.

Bom!

Tidak lama selepas itu bunyi letupan kuat dari luar bangunan gudang mambuatkan mereka yang berada tersentak.

Bom!

"Bawa semua keluar dari gudang ni sekarang!" Arahan Hanif dituruti oleh semua, mangsa juga diheret keluar.

Bom!

"Main kasarlah dia orang ni!" Jerit Faz geram dengan situasi kini.

Jelas gudang bergegar kuat tatkala bunyi ledakan itu terlepas. Pasti OH sudah sedia maklum gudang mereka di serbu, kerana itu mereka memilih untuk meletupkan bangunan sendiri kerana ini bukan gudang utama, bukan tempat Tuan Ran. Setiap gudang dipasang bom, jadi jika terdapat kes serbuan, mereka hanya perlu meletupkannya bagi menghilangkan kesan.

"Bawah tanah dah meledak!"

Suara Zeera terdengar di earbuds, sebelum rangkaian mereka terputus begitu sahaja. Dalam hati, Hanif sudah menyumpah seranah OH.

***

Bom!

Pasukan Elit yang menjaga di kawasan luar gudang mula beralih ke arah bom yang berdekatan mereka, tidak sampai lima minit terdengar pula bunyi ledakan di dalam gudang.

Salman melihat situasi tatkala ini, apa yang telah terjadi? Sebentar tadi bom yang entah dari mana meletup di luar, kini di dalam gudang pula terdengar bunyi letupan.

Bom!

Bom!

Suasana tatkala ini bingit dengan jeritan di dalam gudang, begitu juga suasana di luar gudang yang kucar-kacir. Sedang Salman melihat sekeliling, tiba-tiba mata tertancap pada sekujur tubuh yang baring di atas tanah. Pantas tubuh itu didekati.

"Aqira.." Salman melihat sekeliling kawasan itu, terdapat juga baju kebal milik anggota Elit. Pantas baju itu diambil dan nametag bernama Zikri berjaya membuatnya terkedu.

Van yang menempatkan Marwah dan Aqira turut hilang. Shit! Jangan cakap dia orang rembat van tu sekali dengan Red? Earbuds di tekan.

"Red? Roger, Red!"

"Red! Ah, siallah!" Carut Salman kuat, macam mana dia boleh tak perasan van tu hilang?

Tiba-tiba muncul seorang anggota Elit. Salman memandangnya tajam.

"Tuan, kami terjumpa Zikri dalam keadaan tidak berbaju kebal di belakang bangunan Tuan!"

Apa yang di beritahu anggota Elit di depannya membuatkan Salman rasa dirinya paling bodoh. Dari tadi dia perasan anggota Elit bernama Zikri tu lain, dan tekaannya memang tepat.

Sekali lagi mereka gagal menumpaskan Organisasi Hitam, kerana Organisasi itu terlalu licik. Ketua organisasinya juga pasti hebat, malah lebih licik.

Hari ini,

Mereka gagal lagi.

***

Thriller : Wais Ayden ✓Where stories live. Discover now