52 | Licik

6.3K 613 58
                                    

Zeera melemparkan senyuman sebaik sahaja turun dari kapal

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

Zeera melemparkan senyuman sebaik sahaja turun dari kapal. Abang iparnya didekati.

"Brother!"

"Sister! Wah makin buruk kau ya."

"Sial punya abang ipar. Kakak mengandung pun kau tak bagitahu."

Farhad tersengih. Dia dan Zeera memang masuk air. Umur mereka pun beza beberapa tahun sahaja.

Kapten Hanif memerhati Ayden. Lelaki itu dipandang atas bawah. Ayden pula hanya melemparkan pandangan beku.

"Jadi kau Wais Ayden."

"Kenapa? Tak pernah nampak lelaki kacak?" Sinis Ayden.

Masing-masing memandang antara satu sama lain. Sempat Kapten Hanif memberi jelingan kepada Ayden. Identiti Ayden masih rahsia, dan itu membuatkan Kapten Hanif masih tertanya-tanya.

Kapten Hanif bersama ahlinya mula menyerbu pintu utama gudang itu. Ayden dan Farhad pula mengambil jalan untuk memanjat gudang.

"Aku naik dulu." Farhad mengangguk. Sekeliling pulau sudah dikelilingi TL Elit.

Mereka menyusup dengan begitu pantas. Sebaik sahaja sampai di tingkat atas gudang, terdapat beberapa pengawal OH yang sedang bersukaria. Seperti biasa, pesta.

Bodoh. Dah kena serang pun pekak tahap gaban. Farhad melempar bom asap. Ayden mula mengeluarkan pisau. Satu persatu dikelar. Begitu juga Farhad yang lebih gemar menggunakan pistol yang dipasang silencer. Tembakannya tanpa bunyi.

"Marwah ada dekat bawah tanah."

Suara Zara yang kedengaran di earbud membuatkan Ayden dan Farhad mula menyelinap masuk bangunan. Satu persatu ahli OH ditumbangkan.

"Jalan nak ke bawah tanah Zara." Ayden dan Farhad cuba mengatur nafas sambil menunggu arahan Zara.

Di ruang utama terdapat Kapten Hanif serta ahli pasukannya yang sibuk berlawan. Membalas tembakan. Ada juga yang berlawan menggunakan tangan.

"Ha masuklah! Kepala kau dari haritu memang tak tumbuh rambut ke?" Sinis Salman.

"Sial punya polis!" Maki si botak lalu terus menerpa ke arah Salman.

Salman tergelak. Tangannya menahan kepala botak itu, membuatkan ahli OH itu terkapai-kapai mahu memukul Salman.

"Dahlah botak, pendek pula tu!"

Dush! Tumbukan dari Salman membuatkan ahli OH yang botak itu jatuh pengsan.

"Lemah!"

Situasi Zeera dan Hilman pula, keduanya saling berganding bahu. Combo mereka tidak pernah mengecewakan.

"Belakang Zeera."

Kreak! Bunyi tulang ahli OH membuatkan Hilman terkejut. Kuat betul Zeera pulas tangan lelaki tu.

Thriller : Wais Ayden ✓Where stories live. Discover now