9 | Hampir Tertangkap

6.7K 584 30
                                    

"Yasmeen cintakan Yasir

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.


"Yasmeen cintakan Yasir." Beritahu wanita itu.

"Tak boleh, umi tak akan restui. Kamu lupa kita siapa? Kita ini keturunan bangsawan Arab, terkaya dan berkuasa. Yasir itu tak ubah seperti anjing kurap yang mengemis dengan kita. Dia tidak layak dengan keturunan kita."

Mereka islam hanya nama, bukan cara hidup dan bukan iman. Keluarga mereka dibesarkan dengan adat Arab Jahiliah, yang sepatutnya bayi perempuan dibunuh, hidup bebas bergaul, Arak sebagai minuman wajib dan sebagainya.

"Kau patut dengar cakap umi Yasmeen, kalau bukan kerana umi sudah pasti abi bunuh kau." Yasmeena terus berlalu ke tingkat atas.

"Yasmeen tetap akan berkahwin dengan Yasir!"

Langkah Yasmeena terhenti, mata tajam memandang anak perempuannya.

"Cuba sahaja, umi akan pastikan Yasir mati."

Ugutan umi dihiraukan, dia tetap mengajak Yasir mengahwininya dan lari jauh dari negara Arab.

Dan diburu oleh anak buah umi, sehingga lahirnya Wais Ayden anak sulung mereka. Tak sempat anak keduanya dilahirkan, Yasmeen dan Yasir tertangkap, begitu juga Wais anak mereka.

"Umi sudah katakan pada kau Yasmeen! Kau degil!"

"Umi bukan Tuhan!" Jerit Yasmeen sambil meronta ingin melepaskan diri.

Yasmeena Khan memandang anaknya, lalu senyuman sinis terlakar. Arahan diberikan untuk membunuh Yasir yang sedang terikat lemah.

"Ta..tak! Umi tak boleh buat Yasir macam itu, Yasmeen akan ikut mati jika Yasir mati."

Anaknya yang dipegang hanya memerhati, dia tahu Wais mengerti.

"Jadi kau lebih memilih anjing ini dari keluarga kita?!"

Darah mendidih mendengar anak yang dikandung memilih lelaki lebih dari keluarganya sendiri.

"Lakukan apa sahaja kepada keduanya, dan bunuh. Budak itu berikan kepada Yahya."

Yasmeena Khan terus keluar dari bilik itu, dan Wais hanya mampu memerhati ibu dan ayah diseksa. Ibu turut dirogol bergilir sehingga darah membasahi, adiknya.

Ibu kata di dalam perut itu ada adiknya. Ayah pula dirobek-robek kulitnya, dan dia hanya mampu melihat.

Thriller : Wais Ayden ✓Where stories live. Discover now