22 | Sekali Lagi

5.5K 556 9
                                    

Ayden mendengus geram, sempat wajah Affendi dan Farhad dijeling, mujur dia memakai topeng tetapi tidak Affendi dan Farhad

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

Ayden mendengus geram, sempat wajah Affendi dan Farhad dijeling, mujur dia memakai topeng tetapi tidak Affendi dan Farhad. Pistol yang sedang berada tepat di atas dahinya pantas dipusingkan, kini pistol itu bertukar arah.

Jean terkedu dengan kepantasan lelaki bertopeng dihadapannya, lihat sahaja personaliti lelaki itu jelas lelaki itu bukan ahli biasa. Isyarat tangan diberi kepada Faz supaya jangan menyerbu dahulu. Mereka tidak pasti di tingkat atas ini mempunyai berapa orang ahli OH.

Melihat kelekaan polis lelaki dihadapannya, Ayden mengundurkan beberapa langkah ke belakang lalu pintu ditutup kembali dengan kuat. Affendi dan Farhad pantas menyarung topeng muka lalu tingkap yang terbuka digunakan untuk terjun. Setakat tingkat tiga, apalah sangat.

Sebaik sahaja mendarat di atas tanah rata, jelas sekeliling mereka dikepung pihak polis, Affendi mula menekan punat telefon mnandakan mereka dalam keadaan kecemasan.

"Nak atau tak, memang kena lawan." Ucap Farhad sambil nafas ditarik lalu di hembus kuat.

"Sial!" Jerit Afffendi.

"Kau tu sial, diamlah." Dingin suara Ayden membalas. Otaknya ligat meihat kawasan di situ, tiba-tiba seoang anggota Elit lalu berseorangan. Ayden pantas menarik anggota Elit itu lalu leher dipusing sehingga terdengar bunyi patah.

Melihat anggota Elit itu tidak sedarkan diri, pantas Ayden menyauk pakaian anggota Elit yang pengsan itu. Farhad dan Affendi hanya memerhati, mereka yakin bahawa ada sesuatu yang Ayden rancangkan.

"Aku akan masuk dalam kalangan polis, dan bom ni aku akan baling untuk alihkan perhatian mereka, sebaik sahaja bunyi bom ni, terus kau orang lari." Affendi dan Farhad mengangguk faham.

***

Salman melihat keadaan sekeliling gudang itu, seramai 50 orang Pasukan Elit bersamanya tatkala ini mengawasi keadaan luar gudang. Pistol setia dipegang, mana pula ahli OH ni? tak akan semua serah diri dekat dalam kot.

"Eh Zikri, kau pergi check jap bahagian belakang." Arah Salman.

"Baik Tuan!"

Lebih kurang 20 minit, Zikri kembali namun Salman perasan tubuh Zikri kali ini agak tinggi dan sado, atau matanya tadi tak perasan? Yelah sudah malam, jadi mungkin dia tersalah pandang. Tubuh Zikri dihampiri.

"Macam mana belakang gudang?" Soal Salman. Jujur pakaian kebal yang di pakai oleh Pasukan Elite memang dari atas hingga bawah ditutupi. Identiti mereka sudahlah rahsia, Salman tahu itu Zikri pun kerana nametag yang kemas di pasang pada baju mereka.

"Clear Tuan!" Salman mengerutkan dahi, kasar betul suara Zikri dengan suara yang tadi, namun Salman abaikan sebelum berlalu ke arah hadapan gudang.

Ayden tersenyum sinis di sebalik helmet dan mask yang menutupi wajahnya. Tubuh dibawa ke arah van, rasanya ini van yang pernah Marwah dan dirinya bertembung. Mungkin dia sempat selamatkan Ustaz Malik dengan menggunakan van ini.

Keadaan sekeliling tatkala itu sangatlah hingar-bingar. Bunyi siren, juga bunyi pergaduhan di dalam gudang. Ayden mendekati van tersebut lalu pintu belakang dibuka.

Jelas kelihatan Marwah dan seorang wanita sedang menjalankan tugas mereka dengan menggodam bangunan gudang, kehadiran Ayden diabaikan. Mungkin kerana baju yang dipakai Ayden serupa Pasukan Elit.

"Atas dah clear." Beritahu Aqira.

Marwah mengangguk, mata terpandang salah seorang ahli Pasukan Elit yang memandang mereka lama. Marwah pun naik pening, sudahlah semua baju sama, tulisan nama pun kecil, muka pula tak nampak.

"Tuan Salman arahkan supaya kau orang berdua keluar berjaga." Dua orang Pasukan Elit itu hanya mengangguk dan keluar dari van. Kini hanya tinggal dirinya, Marwah dan seorang wanita yang dia tidak kenali.

Ayden keluar sebentar dari van, bom yang berada di dalam poket seluar dikeluarkan, melihat keadaan sekeliling yang tidak menghiraukan dia, pin bom ditarik lalu dilempar tinggi.

Tidak lama selepas itu,

Bom!

Kesemua Pasukan Elit dibawah jagaan Salman mula bergerak ke arah bunyi tersebut, sempat Ayden melihat Farhad dan Affendi berlari melintasinya. Farhad menaikkan jari kepadanya.

Dia buat semua ini demi Farhad sahabatnya, ikut hati mau sahaja Affendi dibiarkan. Ayden pantas menanggalkan baju kebal itu, topeng mukanya dipakai semula. Van dimasuki, lalu kepala wanita disebelah Marwah dipusing pantas.

"Aqira!" Jerit Marwah terkejut, memandangkan dia memakai earbuds agak sukar untuk mendengar bunyi diluar. Namun melihat Aqira layu di bahunya, tak akanlah dia tidak perasan.

"Encik siapa?!" Terkejut Marwah melihat lelaki berkot dihadapannya.

"Ikut arahan aku, kalau tak.." Bicara Ayden dipotong Marwah.

"Tak nak!"

Ayden mendengus geram, dengan situasi begini pun Marwah masih degil. Baru sahaja dia mahu melangkah mendekati Marwah, wanita itu mengeluarkan pisau dari kasut boots.

"Jangan dekat, kalau Encik dekat saya tak teragak-agak untuk bunuh Encik."

Namun Ayden hanya mengendahkan bicara Marwah, tiba-tiba Marwah menyepak dadanya tepat. Dada di pegang, senak teramat sangat.

"Aku cakap baik-baik kau tak nak dengar kan?" Mata Marwah yang ketakutan sebentar tadi bertukar menjadi amarah.

"Boleh tahan." Provoke Ayden.

Marwah terus berlari mendekati tubuh lelaki bertopeng di hadapannya, pisau diacu berkali-kali namun berjaya ditepis.

Ayden mengambil tindakan pantas, memusingkan tubuh Marwah. Kini lengannya betul-betul mencekik leher Marwah. Meronta wanita itu minta dilepaskan.

"Masih ingat aku Red?" Lembut bicara Ayden, namun sinis pada pandangan Marwah.

"Kita berjumpa, sekali lagi." Marwah terus menyiku kuat perut lelaki bertopeng itu secara tidak langsung membuatkan lelaki itu melepaskan lengannya yang berada di leher Marwah.

"Jadi kau. Kau yang gari tangan aku haritu." Suara Marwah bersama nafas yang turun naik.

Ayden mengangguk, sekali lagi dia berjumpa dengan Marwah dalam situasi yang sama.

"Kau pasti tahu siapa pembunuh Hazril. Beritahu aku, dan aku akan lepaskan kau."

Jantung Ayden berdetak laju tatkala soalan itu laju meluncur keluar dari mulut Marwah.

"Ikut arahan aku, baru aku beritahu."

Teragak-agak Marwah mengangguk, mungkin lelaki bertopeng ini tahu siapa pembunuh Hazril. Ril sabar ya? Tak lama lagi semua akan terbongkar dan pembunuh tu akan dapat balasan yang setimpalnya.

Ayden membawa keluar tubuh Aqira, earbuds di telinga Marwah diarahkan buang. Mereka bergerak ke bahagian pemandu lalu van itu dipandu pecut oleh Ayden meninggalkan kawasan gudang. Di fikiran Ayden, hanya Ustaz Malik.

Thriller : Wais Ayden ✓Where stories live. Discover now