13 | Puasa

6.2K 564 50
                                    

Bunyi loceng rumah membuatkan Ayden rimas dan bangkit dari tidur lenanya

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.


Bunyi loceng rumah membuatkan Ayden rimas dan bangkit dari tidur lenanya. Sebaik sahaja pintu dibuka, muncul Ustaz Malik.

"Wais! Bangun pun! Cepat, nak sahur lagi ni."

Ayden mencapai kunci rumah dengan mamainya. Melihat langkah Ustaz Malik yang telah berlalu ke rumah sebelah, pantas pintu rumahnya dikunci.

Selipar dipakai, mata digosok beberapa kali untuk menghilangkan ngantuknya. Rumah Ustaz Malik disebelah dituju. Sejuk betul malam ni, bisik hatinya.

Pintu rumah ditolak dan,

"Astagfiruallah Wais!" Terdengar jeritan Ustaz Malik.

Puan Arwa pantas menutup mata Marwah manakala Marwah turut terkejut.

"Kenapa Ustaz?" Soalnya dengan suara serak-serak basah.

"Allahuakbar Wais, mari ikut Ustaz." Pantas tangan Wais ditarik mengikutinya.

Kain pelikat dicapai, lalu diberikan kepada Wais. Lelaki itu pula terkebil-kebil memandang.

"Ustaz tak tahu pula kamu tidur pakai seluar pendek, kalau Ustaz tahu baik Ustaz tunggu kamu bangun tadi."

Ayden memandang dirinya dan, sial! Babi betullah, boleh pula dia lupa yang dia pasal keluar pendek.

Sudahlah Marwah dan Puan Arwa ada tadi. Sebaik sahaja tiba di meja makan, muka yang merah dikawal.

"Makan Wais, esok nak puasa. Takut nanti tak kuat pulak perut nak tahan lapar." Puan Arwa mencedokkan nasi ke dalam pinggan.

"Kamu pernah puasakan?" Soal Ustaz Malik.

Ayden hanya mengangguk, adalah dia puasa sewaktu ibu bapanya hidup. Jadi pernah la juga puasakan?

"Marwah, harini cuti kan? Tolong ibu masak tau untuk berbuka nanti."

"Ibu nak masak apa?"

Ayden dan Malik hanya memerhati perbualan kedua wanita dihadapannya. Nasi dimakan senyap.

"Ingat nak masak nasi briani, rendang daging dengan ayam sambal. Okey tak bang?" Soal Puan Arwa kepada Ustaz Malik pula.

"Okey, isteri saya masak apa pun sedap."

Dapat Ayden lihat Puan Arwa tersenyum-senyum malu. Marwah hanya menjulingkan mata keatas. Menyampah tahu?

***

Farhad memandang fajar yang tidak lama lagi bakal terbit mencerahkan bumi, tangannya yang berlumuran darah dipandang.

Mayat lelaki yang berada dihadapannya dilihat, kepala terputus. Tangan entah kemana, senang cerita mayat yang tidak sempurna.

Ini bukan kali pertama dia membunuh, tapi dia jarang melakukannya. Dia lebih gemar menjadi hacker dan godam sistem.

Ya Allah,

Thriller : Wais Ayden ✓Where stories live. Discover now