41 | Risau

5.6K 578 35
                                    

Nyamuk yang hinggap ditangan dipukul laju

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

Nyamuk yang hinggap ditangan dipukul laju. Kayu dikumpul sebanyak yang mampu. Kalau tidak boleh demam mereka malam ini. Tubuh Ayden dihadapan dipandang.

"Kenapa?" Soal Ayden sambil memandang Marwah dibelakangnya.

Dari tadi dia bunyi wanita itu bertepuk tampar. Kawasan hutan mana yang tiada nyamuk? Kasihan pula kepada Marwah. Kayu yang dibawa oleh Marwah dirampas.

"Kau ni kenapa?"

Mana tidak terkejut, sedang leka melihat suasana hutan ini, tiba-tiba sahaja kayu yang berada di dalam dakapannya ditarik Ayden.

"Kau baliklah, aku boleh cari kayu ni sorang-sorang." Halau Ayden.

Marwah mendengus kasar, tadi dia tak nak ikut Wais beriya ajak. sekarang disuruh pulang pula. Sabar jelah hati ni.

"Malaslah. Cepatlah cari, dah malam ni."

Farhad dan Zara ditinggal di tempat Ayden. Di sana terdapat sebuah pondok kayu yang masih kukuh. Entah bila lelaki itu bina pun dia tak tahu.

Mendengar jawapan Marwah, Ayden meneruskan perjalanan untuk mencari kayu api. Malam sudah larut, hampir pukul 10malam.

Sedang leka Marwah memerhati bulan, dirinya tergelincir jatuh akibat permukaan tanah yang licin.

"Arghh!" Jerit Marwah kuat.

Ayden yang sedang mengutip kayu api pantas memusingkan kepala memandang Marwah. Kening dikerut, tiada pun Marwah.

"Marwah?"

Dada Ayden mula berdebar, kayu api dilepaskan dari genggaman tangan.

"Marwah?! Kau kat mana?!" Mata melilau melihat sekeliling hutan. Sudahlah gelap, hanya cahaya dari lampu picit yang diharapkan.

"Jangan main-mainlah Marwah. Tak kelakar..."

Seketika derapan kakinya terhenti pabila telinganya sayup-sayup mendengar suara meminta tolong.

"Tolong..."

Ayden mendekati cerun, hatinya jelas mengatakan jeritan datang dari arah cerun itu. Sebaik sahaja kepala dijengah ke arah cerun, dada Ayden sesak.

"Marwah!" Otaknya tidak mampu berfikir apa-apa. Terus lengan Marwah dipegang.

Lengan Marwah ditarik ke atas dengan kuat. Entah kenapa tubuh Marwah yang sudah berjaya naik dari cerun itu dipeluk. Rasa risau mengatasi segalanya.

Buk!

"Aduh!" Pinggang dipegang, terasa sengal akibat ditolak.

"Tolong dahlah!" Marah Marwah.

"Aku tolong tu ucaplah terima kasih." Dirinya berdiri sambil mengusap pinggang.

"Nak terima kasih apa kalau kau ambil kesempatan! Huh!"

Bibir dicebik, bukan rasa pun lekuk tubuh Marwah. Keduanya mengenakan jacket tebal kot.

"Haram tetap haram Wais." Tegur Marwah garang.

"Maaf, aku cuma ris..." Pantas mulut ditutup.

Marwah mengerutkan kening apabila Wais menutup mulut.

"Dah kenapa?"

"Tak ada apa, dah jom." Sempat tangan menampar lembut pipinya sendiri.

Buat malu aja cakap risau anak dara orang. Dia dan Marwah seperti adik beradik adalah. Tak mungkin wanita itu mahu menganggap dia lebih.

Hati, kalau kata benci Allah gerakkan untuk suka. Kalau kata suka, tiba-tiba sahaja Allah boleh gerakkan untuk membenci.

***

"Lambat betul! Cari kayu api ke bercinta?" Tegur Farhad.

"Cakap baik sikit eh!" Suara garang Marwah membuatkan Farhad terdiam.

Antara Zara dan Marwah, garang lagi Marwah. Dari hari mereka menculik wanita itu, tak ada secalit pun senyuman.

"Pst... bercinta ke?" Bisik Farhad di telinga Ayden.

Ayden menghadiahkan jelingan.

"Kenapa eh semua nak emosi? Period ke?!" Jerit Farhad. Serentak itu semua memandangnya tajam.

Farhad mengangkat tangan tanda surrender. Janji tak akan tanya macam tu dah lepasni.

"Kau ambil mana ikan ni?" Soal Marwah mendekati Zara yang sedang menyiang ikan.

"Dekat depan tu ada sungai." Jawab Zara sambil dagu dihayun ke arah sunyai.

Sakit mata Marwah memandang Zara menyiang ikan tersebut. Sepatutnya dibelah dahulu perut ikan, ini tidak. Habis dikorek siap dirobek-robek kulit ikannya.

"Er... bagi akulah siang." Marwah cuba menawar diri. Tak sanggup sudah dia nak melihat.

"Eh sila-sila. Aku memang tak pandai siang ikan." Jujur Zara.

"Umur kau berapa?" Soal Marwah. Tangannya lincah menyiang ikan dengan cermat.

"29 tahun. Kau?"

"24 tahun."

Zara mengangguk. Mereka berbual-bual. Marwah sempat bertanya maksud misi Wais namun hampa, jawapan yang diterima sama.

Hanya diam.

"Kipas-kipas!" Jerit Farhad.

Marwah dan Zara tersentak dan memusingkan badan memandang Ayden dan Farhad.

"Kaulah kipas! Aku dah nyalakan!" Marah Ayden.

"Apa pula aku? Kau lah! Ni ambik daun ni." Daun pisang dihentak ke dada Ayden.

"Eh kau ni..." Kecik besar kecik besar tubuh Farhad dipandang.

Belum sempat Farhad hendak membalas, api yang sebentar tadi menyala terus terpadam.

Masing-masing tercengang. Baik Ayden mahu Farhad, sama-sama menjeling tajam dan mendengus kuat.

***



Fuh! Triple update! Harap awak semua enjoy 🤍

Thriller : Wais Ayden ✓Where stories live. Discover now