49 | Terbongkar

6.3K 609 94
                                    


Sebaik sahaja mata dibuka, matanya memandang sekeliling. Mewah.

"Ah, kau dah bangun?" Soal lelaki dihadapannya bertopeng.

Dahi Marwah berkerut. Baru sahaja dia mahu menggerakkan badan, terasa sakit. Rupa-rupanya tangan dan kakinya diikat.

"Kenapa? Nak lari ke?" Sinis bicara lelaki di depannya sebelum tertawa.

"Marwah, aku tanya kau sekali je. Mana cip yang bapa kau bagi?"

Cip? Bila masa pula abah beri dia cip?

"Abah tak pernah beri cip."

Kerusi yang diduduk oleh lelaki itu dibaling. Terhinjut baju Marwah. Mata memandang kiri dan kanan, mana abangnya?

"Bapa kau tu dah mampus pun licik." Lelaki dihadapannya diabai. Sekarang dia tertanya bagaimana dia boleh berapa di sini?

"Mana abang aku?" Soal Marwah sambil mata tajam memerhati lelaki tersebut.

"Abang? Kau ada abang ke?" Di sebalik topeng itu Marwah dapat menangkap sepasang mata berwarna hitam.

"Aku tanya, mana abang aku?"

"Dan aku tanya, mana cip tu?"

"Aku tak tahulah!" Tinggi suara Marwah membalas. Kalau dia tahu pun memang taklah dia nak bagi.

"Hey! Kau tahu tak abang kau tu siapa?!" Tangan berurat itu menarik tudung Marwah ke belakang sehingga kepalanya mendongak ke atas.

"Cukup!"

Jerit satu suara sambil menghampiri ke arahnya. Lelaki yang memakai tuxedo bersama fedora hat. Bunyi tongkat yang dibawa menghentak lantai mewah.

Kepala Marwah ditolak sebelum tarikan tudungnya dilepaskan. Lelaki yang memakai topeng tadi sempat merengus marah.

"Kau siapa?" Soal Marwah kepada lelaki tuxedo itu.

"Aku?" Wajah samar diseblik fedora hat membuatkan Marwah sukar mengecamnya.

"Aku Tuan Ran, Presiden Organisasi Hitam." Angkuh suara itu. Perlahan-lahan kepala diangkat dan...

Marwah tersentak, terasa darah yang mengalir terhenti. Jadi selama ini dia memburu darah dagingnya sendiri? Terasa bagai diri ditampar kuat.

"Kau terlalu bodoh Marwah. Aku pun tak faham kenapa abah harapkan orang macam kau." Marleeq tersenyum sinis.

Setelah semuanya terbongkar, Marwah akan bekerja dibawahnya. Dia akan mendapatkan cip dan kuasai negara. Tak sabar rasanya!

"Aku tak nak berkasar. Jadi, apa kata kau bagitahu aku mana cip tu?" Marleeq membuka butang texudo miliknya sebelum punggung dilabuhkan di atas sebuah kerusi.

"Ak... Aku tak tahu." Air mata cuba ditahan. Sakit. Memburu abang sendiri.

Tup!

Tongkat dihentak. Sekali lagi bahu Marwah terhinjut ke atas, riflek daripada terkejut.

"Aku tanya sekali lagi Marwah. Mana cip tu?" Dingin suara Marleeq menyoal.

Mata Marleeq tajam menikam mata Marwah. Marwah keluarganya yang 'berharga'. Mampu menguntungkan dirinya. Dia tahu abah sudah memberi cip itu kepada Marwah.

"Aku kata aku tak tahu, aku tak tahulah!" Jerit Marwah bersama juraian air mata.

"Baik, kalau kau tak nak bagitahu aku. Tapi jangan salahkan aku kalau ada kesan luka dekat badan kau." Usai berkata begitu, Marleeq pantas berdiri. Butang tuxedo dipasang semula sebelum berlalu.

Thriller : Wais Ayden ✓Where stories live. Discover now