20 | Semakin Hampir

5.7K 607 23
                                    

Tiga hari sebelum raya, Ustaz Malik juga Puan Arwa sudah mula mengemas rumah, begitu juga Ayddn dan Marwah yang turut sama membantu

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.


Tiga hari sebelum raya, Ustaz Malik juga Puan Arwa sudah mula mengemas rumah, begitu juga Ayddn dan Marwah yang turut sama membantu.

"Wais, langsir tu kamu pasang dari hujung." Ayden hanya mengangguk, lalu tangga besi dipanjat.

Marwah setia memegang tangga besi, risau juga buatkan tangga gegar kiri kanan lepastu jatuh, tak ke menyusahkan dia kalau Wais cedera.

"Peganglah tangga tu kuat sikit." Arah Ayden.

"Suka hatilah nak pegang kuat ke longgar. Kalau nak bising-bising, pegang sendiri." Marwah mendengus geram, orang tolong pegang pun dikira bagus dah.

"Marwah, mari tolong ibu asingkan daun palas." Laungan Puan Arwa sari dapur membuatkan Marwah terus meninggalkan Wais.

"Eh, aku macam mana?!" Jerit Ayden apabila tangga yang dipegang mula tidak stabil.

"Pandai-pandai awaklah!" Balas Marwah dengan sedikit menjerit sebelum berlalu ke dapur.

"Ish perempuan ni." Sebal Ayden.

Selesai memasang langsir, dia keluar dari halaman rumah. Telefon yang berbunyi minta diangkat dikeluarkan dari poket seluar lalu butang hijau ditekan.

"Kami perlukan kau malam ni." Suara Affendi menyapa telinganya.

"Baik." Jawabnya sebelum talian terputus. Nafas dihela, ingatkan malam ni nak keluar cari baju raya dekat pasar malam.

Tiba-tiba bahunya dipegang dari belakang. Pantas Ayden menoleh.

"Wais?"

"Ouh, Ustaz. Ingatkan siapalah tadi pegang bahu saya macam tu."

"Dah siap pasang langsir ke?"

Soalan Ustaz Malik dijawab dengan anggukan sebelum mereka masuk semula ke dalam rumah, nak tengok kaum hawa buat ketupat.

***

"Malam ni, kita akan serbu gudang utama OH." Kata-kata Kapten Hanif terhenti tatkala pintu menyuarat dibuka.

"Maaf lambat." Muncul wajah Marwah bersama pakaian ringkasnya.

"Tak apa, duduklah Red." Marwah mengangguk dan mengambil tempat di sebelah Zeera.

"Saya ulang semula apa saya kata tadi. Malam ni, kita akan serbu gudang utama OH." Marwah tersenyum lebar, ini yang dia tunggu-tunggu. Secara tidak langsung dia boleh tahu siapa pembunuh arwah Ril.

"Salman akan ketuai kumpulan A dan kawal sekeliling gudang."

" Roger." Balas Salman.

"Zeera dan Hilman akan bergerak duo menggunakan lubang yang Red jumpa haritu."

"Roger." Zeera dan Hilman menjawab serentak sebelum menayangkan senyuman, ah mereka gila. Bila sahaja mereka tidak sukakan misi?

"Saya dan anggota polis yang lain akan serbu pintu utama, dan Red sentiasa alert untuk bagitahu apa-apa info."

"Roger." Jawab Marwah.

"Kali ni kita akan bekerjasama dengan team penyiasat. Kenalkan Kapten Aiman, Aqira, Jean, dan Faz. Mereka antara penyiasat yang selalu memburu OH, jadi kami berharap team Kapten dan saya dapat bekerjasama dengan baik."

"Untuk pembahagian tugas team penyiasat, Jean dan Faz akan menyerbu tingkat atas sekali. Aqira akan menemani Red, memandangkan dia juga pakar dalam menggodam dan Kapten Aiman akan join saya untuk serbuan di pintu utama mereka. Jadi, setakat ini jelas?" Terang Kapten Hanif sebelum memandang kesemua yang berada di meja mesyuarat.

"Kita buat serbuan ni secara serentak, Zeera dan Hilman akan masuk ke dalam lubang bawah itu dan terus ke bahagian bawah tanah. Saya tahu ini risiko, saya tahu. Lebih lama kita tangguh, lebih banyak nyawa yang mati, begitu juga dengan imej negara.

"Clear, Kapten!" Jerit semua di situ.

"Kali ni, OH tak akan terlepas." Gumam Marwah.

***

Suasana malam itu dingin, selepas berbuka puasa mahu Marwah atau Wais, kedua-duanya hilang. Puas Ustaz Malik mencari di rumahnya, tetap tidak ada. Begitu juga Marwah yang hilang entah kemana.

"Awak carikan apa tu?" Soal Puan Arwa mendekati suaminya.

"Wais dengan Marwah, lepas buka puasa dua-dua tak ada. Terawih dua orang jelah kita ya?"

"Saya tengok bilik Marwah tadi, laptopnya tak ada, ada tugas lah kot."

"Arwa." Panggil Malik sebelum melihat sekeliling.

"Ya?"

"Awak tahu soal Wais kan?" Puan Arwa mengangguk, semua dia tahu.

"Kita biarkan aja dia ya? Abang pun dah mula selesa dengan dia, walau abang tak tahu dia dihantar oleh siapa. Kita sayang dia ya? Semoga hati dia terbuka." Puan Arwa pantas mengangguk.

Kehadiran Wais dalam hidup mereka sedikit sebanyak membuatkan rindu terhadap Marleeq terubat jua. Wais juga tidak pernah menyusahkan mereka, Malik dan Arwa tahu Wais mempunyai agenda lain.

Tapi mereka diamkan sahaja, mahu lihat sejauh mana Wais mampu bertahan, tentang identiti Wais memang mereka tidak menjumpainya selain nama dan umur. Marwah yang pakar menggodam pun tidak dapat menembusi sistem yang menjaga data Wais.

"Terubat juga rindu saya dengan Marleeq, bang." Puan Arwa tersenyum hambar mengenangkan anak lelaki sulungnya.

Fatheh Marleeq.

"Abang minta maaf sebab halau Marleeq. Abang akan cuba cari dia selepas misi kita kali ini selesai ya?" Jari milik isteri digenggam sebelum mereka berpelukan.

Maafkan abah Marleeq.

Thriller : Wais Ayden ✓Where stories live. Discover now