24 | Senyum

5.7K 598 18
                                    

Ayden memberhentikan van betul-betul di depan pasar malam, Marwah di sebelah dipandang

Ops! Esta imagem não segue as nossas directrizes de conteúdo. Para continuares a publicar, por favor, remova-a ou carrega uma imagem diferente.

Ayden memberhentikan van betul-betul di depan pasar malam, Marwah di sebelah dipandang. Wanita itu juga memandangnya dengan pandangan pelik.

"Turun." Arah Ayden. Jelas wajah Mareah terpinga-pinga.

"Siapa pembunuh Hazril?" Desak Marwah, dia tak akan turun selagi dia tidak tahu siapa pembunuh Hazril.

Ayden berdecit geram, di fikirannya hanya Ustaz Malik. Marwah ni kalau tahu abah dia dalam bahaya mesti tak ingat dah pasal Hazril yang konon mampus tu.

"Pasal Hazril tolak tepi, sekarang ni ada orang nak bunuh bapa kau." Membulat mata Marwah mendengar apa yang di beritahu oleh lelaki bertopeng di sebelahnya.

"Kau.. aku akan tuntut jawapan dari kau!" Terus Marwah membuka pintu van tersebut dan berlari ke arah pasar malam tersebut sebelum tubuh kecil itu mula hilang.

"Aku yang langgar Hazril, Marwah." Ucap Ayden sendiri dengan perlahan sebelum break van diturunkan dan dipecut laju.

Melihat kawasan ini sudah hampir dengan rumahnya dan Ustaz Malik, van diselekoh ke arah hutan. Satu van diselongkar untuk mencari sesuatu yang boleh menghapus jejaknya dan Marwah. Sebotol minyak petrol di jumpai, mungkin ini untuk emergency sekiranya minyak van habis.

Tidak fikir lama, botol minyak itu dibuka lalu disimbah ke arah van. Lighter yang sentiasa berada di dalam blazer di seluk lalu dihidupkan. Kaki melangkah ke belakang sebelum lighter itu di baling ke arah van, api mula marak.

Ayden pantas keluar dari hutan tersebut sebelum bunyi letupan kuat. Masjid yang tidak jauh dari sini disinggah dahulu, mencuci wajahnya yang terkena asap, habis hitam. Mulut turut di kumur beberapa kali, setelah memastikan dirinya kelihatan kemas, Ayden pantas berlari menuju ke rumah Ustaz Malik.

Harap dia sempat ya Tuhan.

***

Selepas sahaja dia memasuki pasar malam, Marwah mula teringat. Kalau nak ikutkan pasar malam ni memang dah dekat sangat dengan rumahnya. Lelaki bertopeng tadi tahu rumah dia ke?

"Entah-entah lelaki tu tipu kau, kata abah dalam bahaya, padahal dia nak lari." Marwah merungut sambil berusaha keluar dari pasar malam yang sesak itu.

Mana taknya lagi beberapa hari nak raya, memang penuhlah orang keluar. Ada yang nak cari baju raya, ada yang nak cari kuih raya, ada yang nak beli karpet, macam-macamlah.

"Tunggu sekejap, kau bukan pandai hack ke Marwah? Bodohlah! Kenapa aku tak hack je van tu!" Jeritnya perlahan. Mereka yang lalu-lalang mula memandang Marwah pelik.

Jerit tengah-tengah pasar malam yang sesak, siapa aja tak fikir kita gila? Marwah pantas berlari keluar dari lautan manusia dan jeritan manusia yang memanggil customer. Mujurlah beg laptop dia bawa sekali, cuma earbuds sahaja tak sempat nak ambil.

Sebaik sahaja lepas dari pintu utama pasar malam, Marwah membawa diri duduk di tepi jalan, laptop dikeluarkan dari beg. Sebaik sahaja mengingati nombor plat van tersebut, screen laptopnya mula bertukar mengeluarkan tulisan hijau.

"Mana van tu?!" Jeritnya sendiri.

Kenapa dia tak dapat nak cari? Cctv! Sekali lagi Marwah menekan keyboard pada laptopnya laju dan pantas laptop itu ditutup kuat. Pecah pun pecahlah!

"Berani mamat tu bakar?" Panas hati Marwah melihat tayangan di cctv tersebut.

Lelaki bertopeng itu membawa van masuki hutan, tak lama selepas itu kepulan asap dan meletup dari dalam hutan kelihatan. Lelaki itu pula lari dengan keadaan bertopeng.

Laptop kembali di simpan. Ya Allah, sabarkan hati ini dari mencarut. Sabarkan hati ini dari di kuasai amarah dan dikawal oleh syaitan Ya Allah. Langkah terus dibawa menuju ke rumahnya yang tidak jauh dari pasar malam itu.

***

Zara memandang Xen yang lengkap berpakaian hitam, wanita itu menunjukkan riak tidak sabar-sabar untuk membunuh Ustaz Malik, tapi tidak dia.

Mana mungkin dia mahu membunuh Ustaz Malik? Gila ke? Zara memegang kepalanya yang baru sahaja lega dari pening. Tiba-tiba dia mendapat idea, tak apa kan pura-pura pengsan?

Melihat Xen yang masih leka menyelitkan alatan tajam juga pistol pada pingganya, Zara pantas menjatuhkan diri. Mata dipejam erat, kalau dia tidur pun tak ada masalah, dia pun tak larat.

"Eh Zara! Kita ada misilah Zara, u pengsan ke? Aduh!" Xen pantas mengeluarkan telefon dari poket seluarnya, nombor Affendi ditekan.

"Zara pengsan, kami tak boleh lakukan misi malam ni."

Jujur antara Zara dan dia, Zara lebih mahir dalam berlawan manakala dia kebanyakkannya mengharapkan Zara. Bukan dia tidak mampu untuk membunuh Ustaz Malik sendirian, tapi mereka merupakan pasangan ketika beraksi. Dia tetap berharap dan berpegang pada Zara.

Zara menahan senyum dalam 'pengsannya' tapi saat ini memang kepalanya mula terasa berat, mual-mual turut dirasakan. Harap apa yang berada di fikirannya tidak betul.

Bukan masanya untuk cinta mereka bercambah.

***

Sebaik sahaja sampai di hadapan rumah Ustaz Malik, loceng ditekan berkali-kali. Melihat Ustaz Malik atau Puan Arwa tidak memberi respon pintu pagar itu pantas dipanjat.

Jangan jadi apa-apa pada mereka, tolonglah. Pintu dirempuh, tidak kunci jadi memang dia pulas je. Tatkala pintu terbuka, Ayden melepaskan nafas.

Lututnya mula terasa lemah sebelum dia mula melutut di hadapan pintu. Air matanya mengalir, deras.

"Terima kasih Ya All... Allah." Buat kali pertamanya dia menyebut nama Allah SWT, malah berterima kasih.

Ustaz Malik dan Puan Arwa yang sedang solat terawih berjemaah dipandang dari belakang. Senyuman tak lekang dari bibirnya bersama air mata yang deras mengakir, debaran di dada mula hilang. Kini hanya ada kelegaan.

Pintu pantas ditutup kembali, dia sudah boleh bernafas dengan tenang. Sungguh dia sayangkan Ustaz Malik dan Puan Arwa. Sayang seperti seorang anak yang menyayangi kedua orang tuanya.

Pagar memisahkan rumahnya dan rumah Ustaz Malik dipanjat semula, kini dia hanya mahu rehat. Pintu rumahnya dibuka dan ditutup. Tubuh direbahkan diatas sofa lalu mata dipejam.

"Wais akan jadi hebat ibu, ayah." Ucapnya perlahan sebelum mata itu mula lena dibuai mimpi.

Mimpi yang indah. Tiada lagi bisikan yang menghasutnya, bisikan yang memperlekehkan dirinya, yang ada hanya tenang. Tidur yang tenang.

***

Thriller : Wais Ayden ✓Onde as histórias ganham vida. Descobre agora