31 | Sempit

5.7K 561 21
                                    

Susana masjid malam itu sangat meriah dengan kehadiran penceramah terkenal bernama Ustaz Aziz

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.


Susana masjid malam itu sangat meriah dengan kehadiran penceramah terkenal bernama Ustaz Aziz.

Ustaz Malik sudah pasti tidak melepaskan peluang. Seluruh kampung diajak, siap pasang kanopi lagi.

Ayden hanya mengikuti langkah Ustaz Malik. Ayden duduk bersebelahan Ustaz Malik. Puan Arwa, Marwah dan Tasya duduk di bahagian wanita.

"Ustaz," Panggil Ayden.

"Ya?" Jawab Ustaz Malik sambil memandang Ayden.

"Ceramah malam ni tajuk apa?"

"Punca dan kesan murtad." Ustaz Malik kembali memandang ke hadapan. Dapat dilihat penceramah sudah duduk di tempatnya.

Murtad? Ayden mengerut dahi. Seumur hidup, dia tak pernah dengar lagi perkataan tu. Bahu diangkat, tunggu penceramah tu terang sahajalah.

"Assalamualaikum para hadirin sekalian."

Seisi masjid bergema menjawab salam Ustaz Aziz. Ayden dapat melihat segelintir makcik makcik sudah mula mengeluarkan buku nota untuk mencatat isi-isi penting.

"Alhamdulillah..."

"Seperti yang para hadirin sekalian tahu, saya akan berceramah mengenai punca dan kesan murtad."

"Sebelum tu, tahu ke tidak murtad tu apa?" Soal Ustaz Aziz.

"Tahu Ustaz!"

"Bagusnya! Tak apa, saya masih nak terangkan juga maksudnya. Ha, mana yang nak catat siap-siap keluarkan buku ya. Saya ni kalau cakap laju macam kereta api!"

Seisi masjid tergelak. Watak Ustaz Aziz sangat lucu malah dia terkenal kerana keperibadiannya yang lucu ketika menyampaikan ceramah.

"Baik, murtad bermaksud meninggalkan atau keluar dari sesuatu agama. Orang murtad ni dia boleh pilih untuk beralih ke agama lain atau kekal tiada agama."

Semua tekun mendengar. Ayden tersentak. Tiada agama seperti dia kah? Mata dan minda kembali fokus.

"Atau nama lain orang tak ada agama ialah ateisme."

Ustaz Aziz berhenti seketika.

"Ha makcik telekung purple tu sempat tangkap tak?" Usikan Ustaz Aziz membuatkan masjid gamat dengan gelakan.

"Saya bergurau.. Okey murtad ni dia ada juga ya yang sejenis masih tetap dengan agamanya. Contohnya, seseorang itu menolak sebahagian agama asas mereka tetapi patuh kepada asas lain. Ha, yang ini kita kena hati-hati para hadirin sekalian."

"Misalnya tuan-tuan dan puan-puan, seseorang itu beragama islam malah masih mengaku sebagai orang islam tetapi melakukan perkara yang jelas bertentangan dengan agama islam, dianggap sebagai musyrik."

Air liur ditelan terasa kelat. Ayden tidak pernah tahu semua ini. Dia hanya menuruti Tuan Ran dan Affendi sahaja. Soal agama memang dia tidak tahu.

Thriller : Wais Ayden ✓Where stories live. Discover now