3 | Dimulakan

9K 796 113
                                    


Ayden melihat jam tangan, telefon disimpan di dalam poket seluar. Rumah yang baginya agak mewah untuk penduduk kampung dipandang.

Tanpa basa-basi Ayden menekan loceng yang disediakan.

Ding! Dong!

Tak lama kemudian muncul seorang gadis yang hanya memakai tudung sarung bersama baju tidur lengan panjang dan longgar.

"Cari siapa?" Soal gadis itu.

"Ustaz Malik."

Tak lama kemudian seorang lelaki tua keluar selepas dipanggil oleh gadis tersebut.

Jadi itulah Siti Marwah, dan Ustaz Malik?

"Ye nak, ada apa cari saya?" Ustaz Malik mula membuka pintu pagar yang menghalang antara jejaka dihadapan dan dirinya.

"Saya nak belajar dengan lebih mendalam tentang agama islam." Dalam hati sumpah dia tak maksudkan apa-apa.

Aku seorang yang tidak beragama, aku tidak percayakan apa-apa tetapi demi kes kali ini, harus berlakon menjadi orang islam, sucks.

"Ouh, mari lah masuk dulu. Cuaca panas sikit ni, masih pagi kan? Nanti kita berbual di dalam."

Ayden mengangguk dan mengikut langkah Ustaz Malik. Tak dinafikan dengan umur begitu, badan Ustaz Malik masih tegap.

Sekarang dirinya faham, kenapa Affendi berkata Malik seorang yang licik. Dari tubuh yang tegap, pasti lelaki tua itu masih tangkas dalam pertarungan.

"Arwa, buatkan air. Kita ada tetamu ni!" Laung Ustaz Malik tidak begitu kuat dan tidak begitu perlahan.

"Baik abang!" Balas Puan Arwa.

"Ini anak Ustaz, Marwah namanya."

Marwah memandang lelaki dihadapannya kosong, langsung tidak berminat tetap setelah mendapat jelingan dari abah, dirinya mengeluh.

"Saya Siti Marwah, anak Ustaz Malik. Salam kenal ya?" Sapa Marwah, senyuman dibuat-buat ditayang.

"Anak ni nama apa?"

"Wais." Jawab Ayden sepatah.

"Kerja dimana?" Soal Ustaz Malik lagi.

"Dekat bandar, ada beberapa kerja halal saya buat."

Halal? Ayden menahan diri dari termuntah, munafik sial aku. Mana dia tahu perkataan munafik? Semua tu Farhad yang ajar dia.

"Ouh, baguslah macam tu. Macam ni lah, Ustaz boleh ajar kamu mendalami ilmu agama tapi akan memakan masa la ya? Dan soal tempat tinggal, sini ada sebuah bilik anak lelaki pakcik, bolehla kamu pakai sementara."

Marwah mencebik, abah baik sangat dah kenapa?

"Eh takpe Ustaz, saya sebenarnya dah sewa rumah sebelah Ustaz ni. Sebab senang sikit." Ayden mengusap belakang tengkuk dengan wajah memerah.

Konon segan.

"Lah.. bagus juga tu. Ustaz pun ada anak dara sorang, tak manis juga."

Ayden hanya tersenyum mengangguk, sekejap Malik ada anak lelaki? Jadi identiti ahli keluarga yang tak dapat dicerobohi Affendi adalah anak lelaki Malik?

"Anak lelaki Ustaz mana?"

Belum sempat Ustaz Malik menjawab, Puan Arwa datang bersama dulang yang berisi teko air, dan beberapa biji cawan serta kuih.

"Kamu umur berapa?" Soal Puan Arwa lalu mengambil tempat disebelah suaminya.

Bagi Ayden, wanita tua dihadapannya kini memang hot, seperti yang dikatakan Farhad. Tidak nampak seperti 50-an, tetapi 30-an.

Thriller : Wais Ayden ✓Where stories live. Discover now