54 | Rahsia

8K 688 183
                                    


44 | Flashback Malam Perasaan

"Kenapa kau tanya? Dah jumpa seseorang ya?" Usik Marwah.

"Siapa orangnya? Nanti kena kebas, melepas!"

Marwah tergelak kecil. Sedikit sebanyak dia mula selesa semula untuk berbual begini bersama Wais.

"Tak ada yang nak kebas."

"Kenapa pula?"

Kening Marwah berkerut. Confident juga mamat ni.

"Sebab dia dalam hutan."

"Dia tentera darat ke?"

Ayden berdecit apabila Marwah masih tidak faham. Jujur, dia malu sebenarnya kerana perasaan manusia bila-bila masa sahaja boleh berubah.

"Dia dalam hutan dan hanya ada empat orang sahaja."

Marwah mengangguk faham. Seketika wajahnya berubah. Dalam hutan dan hanya ada empat orang sahaja?

Farhad, Zara, Wais dan dia. Perlahan-lahan Marwah mengangkat muka memandang Ayden. Takkanlah Wais suka Zar...

"Bukan isteri orang ya."

Terasa jantung di pam laju. Darah gemuruhnya mula meremangkan seluruh badan.

"Jangan cakap orang tu ak..."

"Ya, kau." Pintas Ayden.

Marwah tersentak, perlahan-lahan mata memandang Wais. Lelaki itu hanya tersenyum. Tiba-tiba Wais menarik kerusinya mendekat.

"Malam ni aku akan beritahu semua. Siapa aku dan siapa ketua Organisasi Hitam."

"Juga, siapa pembunuh arwah ibu abah kau dan Hazril." Ucap Ayden tiba-tiba.

"Tapi kau kena janji dengan aku sesuatu."

"Apa?"

"Jalankan misi ni dengan perfect bersama aku. Selepas tu kita akan bebas. Aku akan datang ambil kau semula dan pergi jauh dari sini." Bisik Ayden. Marwah masih terpinga-pinga tidak faham.

"Jadi kau setuju atau tak?"

Tanpa berfikir panjang, Marwah membuat kata putus.

"Setuju."

Ayden tersenyum. Jika Marwah memberi kerjasama, semuanya akan berjalan dengan lancar.

"Buka rantai yang abah bagi pada kau."

Arahan Ayden membuatkan Marwah pelik. Bila masa pula Wais nampak rantai dia? Kan dia pakai tudung 24 jam.

"Zara bagitahu." Seperti dapat membaca apa yang berada di fikiran Marwah. Dengan sekelip mata, rantai itu diserahkan kepada Ayden.

Rantai pemberian arwah abah. Tiada apa yang menarik, cuma bentuknya sahaja yang unik. Berbentuk segi empat.

Klik!

Marwah mengerutkan dahi. Aik, bunyi dari mana pula? Tiba-tiba Ayden mengangkat sesuatu yang bersaiz kecil dan berwarna hitam.

"Apa tu? Eh ni bukan ke ci..."

"Ya, cip abang kau Marleeq."

Ayden tergelak melihat wajah Marwah tercengang. Pasti sahaja wanita itu tidak perasan. Kemudian, satu titik bersaiz kecil dengan bentuk bulat diletakkan ke dalam rantai Marwah.

"Nah." Rantai diberi semula.

"Kau masukkan apa dalam rantai aku? Cip tu kau nak bawa ke mana?"

"Cip ni?" Ayden membalingnya tinggi. Marwah pula terkejut.

Kemas! Selamat ditangkap oleh Ayden.

"Cip ni bukan milik Marleeq, tetapi milik negara. Abang kau yang ambil datanya." Beritahu Ayden kepada Marwah.

Thriller : Wais Ayden ✓Where stories live. Discover now