30 | Rimas

6K 561 19
                                    

"Mana kau nak lari?" Zara memandang lengannya yang dicengkam oleh Tuan Ran

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

"Mana kau nak lari?" Zara memandang lengannya yang dicengkam oleh Tuan Ran.

"Saya ada misilah." Genggaman cuba dileraikan.

Tuan Ran menayangkan senyuman sinis kepada Zara. Lelaki itu semakin mendekatkan diri dengan Zara.

"Kau jangan nak tipu aku Zara. Kau ikut aku." Diheret lengan Zara kuat mengikuti langkahnya.

"Lepaslah!" Zara meronta-ronta minta dilepaskan.

Tuan Ran hanya menghiraukan jeritan dan rontaan Zara, apa dia tahu dia mahukan Zara.

"Lepaslah bodoh!" Jerit Zara kuat sambil cuba meleraikan cengkaman pada tangannya.

"Kau diamlah! Kau tu cuma orang suruhan aku!" Jerkah Tuan Ran tepat di depan wajah Zara.

Zara berhenti meronta dan menjerit. Takut melihat wajah bengis Tuan Ran. Lebih lebih lagi kini dia mengandung, takut Tuan Ran bertindak menderakan dia.

"Kau ikut aku dan layan aku. Tak luak pun Zara."

Zara diam akur. Melihat kawasan itu sunyi tanpa pengawal membuatkan dirinya berfikir. Cara melarikan diri tanpa menyakitkan diri.

Fikir, Zara.

Fikir!

Langkah kaki mengikuti Tuan Ran terhenti. Telinganya menangkap sesuatu dilempar ke arah mereka.

Serta-merta suasana dipenuhi dengan asap. Dengan mudah Zara mengambil peluang untuk menendang Tuan Ran lalu melarikan diri.

Farhad memang bijak! Bom asap memenuhi ruangan atas membuatkan suasana di dalam markas utama itu hingar-bingar.

Zara berlari dengan berhati-hati. Pengawal di bawah mula berlari ke tingkat atas. Lagi senang untuk dia larikan diri. Dari jauh kelihatan suaminya tersenyum.

Farhad, lelaki itu tak pernah mengecewakan.

***

Ayden melajukan jalannya. Tasya dibelakang, setia mengikuti Ayden ke mana sahaja Ayden pergi. Bagi Ayden, gadis itu sangat merimaskan.

Bayangkan pukul 7 pagi, gadis itu sudah tercegat depan rumahnya. Dia ke kedai runcit, gadis itu mengikuti. Dia hendak ke masjid pun gadis itu ingin mengikuti.

Rimas, rasa macam nak tampar laju-laju.

Ayden menghentikan langkah kakinya. Tasya dibelakang turut berhenti. Ayden mulakan langkah kaki. Tasya turut mulakan langkah kaki.

"Kau boleh tak stop ikut aku? Aku rimas tau tak?!"

Tasya hanya membuat muka beku tiada perasaan. Sedikit pun tidak menunjukkan sebarang reaksi.

"Boleh buat hal sendiri tak? Aku rimas." Terus Ayden melangkah pergi dari kedai runcit tersebut. Namun masih sahaja Tasya mengikutinya.

Melihat Tasya jalan bersahaja, Ayden mengambil peluang untuk lari selaju yang mungkin. Barangan runcit dipeluk di dada.

Thriller : Wais Ayden ✓Where stories live. Discover now